Sumbangan ikhlas anda akan disalurkan untuk bantuan kecemasan. Derma ke AAKRP secara langsung atau dapatkan kad Touch 'n Go yang dinaik taraf edisi terhad.
Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP), turut dikenali sebagai The Humanitarian Trust Fund for the People of Palestine, telah ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Kementerian Luar Negeri untuk mengumpul bantuan buat rakyat Palestin. Sumbangan anda akan membantu AAKRP untuk menyalurkan bantuan termasuklah perubatan dan makanan kepada mereka di Gaza.
Imbas sahaja kod QR di bawah untuk ke halaman derma AAKRP secara langsung, yang menerima bayaran melalui TNG eWallet. Anda juga boleh menunjukkan sokongan dengan membeli kad Touch 'n Go yang dinaik taraf edisi terhad. Dengan setiap pembelian, RM2 akan didermakan kepada AAKRP untuk membantu mereka yang memerlukan.
Derma secara langsung ke AAKRP bila-bila masa, dari mana-mana sahaja
Derma dengan mudah dan selamat
Boleh dituntut untuk pelepasan cukai
Ambil tangkapan skrin transaksi sebagai dokumen sokongan untuk permohonan pelepasan cukai. Boleh dituntut untuk pelepasan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Tunjukkan sokongan anda dengan membeli kad Touch 'n Go yang dinaik taraf edisi terhad. Beli sebanyak mana yang anda inginkan untuk diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan.
RM2 akan disumbangkan kepada AAKRP untuk setiap pembelian kad
Akan datang