[Bahasa Malaysia] Terma & Syarat

  1. Pertandingan Register & Menang (“Pertandingan”) terbuka kepada semua warganegara Malaysia (i) yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, (ii) yang alamat kediamannya bertempat di Malaysia, (iii) yang belum mendaftar untuk suatu akaun pada Portal Kad Touch ‘n Go (“Portal TNG”) dan (iv) yang merupakan pengguna Touch ‘n Go, sedia ada dan baharu, melainkan dan kecuali kakitangan Touch ‘n Go Sdn Bhd (“TNG”) dan TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”).

  2. Pertandingan ini akan bermula pada pukul 12.00 pagi 1hb. April 2023 dan tamat pada pukul 11.59 malam 30hb. Jun 2023 ("Tempoh Pertandingan”).

  3. Semasa Tempoh Pertandingan, penyertaan para individu dalam Pertandingan ini (“Peserta”) adalah berdasarkan kehendak berikut:

    i) Peserta hendaklah mendaftar untuk satu akaun menerusi laman Portal TNG (https://tngportal.touchngo.com.my/) dan mengisi semua maklumat yang dikehendaki untuk menyelesaikan pendaftaran itu; dan

    ii) Peserta hendaklah memautkan Kad TNG yang aktif dan sah mereka dengan akaun itu.

Hanya akaun yang didaftarkan dan diwujudkan pada dan dari tarikh permulaan Tempoh Pertandingan akan merupakan penyertaan yang sah dalam Pertandingan ini.

  1. Pemenang bagi Pertandingan ini akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:

    i) tiga (3) akaun baharu akan dipilih oleh TNG pada setiap bulan April, Mei dan Jun 2023;

    ii) Peserta yang dipilih (“Peserta Layak”) akan dihubungi oleh pasukan Pemasaran TNG melalui e-mel (tngmarketing@touchngo.com.my) untuk menjawab satu soalan kelayakan yang mudah dan menyerahkan butiran peribadi mereka dan apa-apa maklumat lain seperti yang diminta bagi tujuan pemberian Hadiah dalam masa yang diperuntukkan;

    iii) Peserta Layak yang telah menjawab dengan betul dalam masa yang diperuntukkan hendaklah disifatkan sebagai pemenang (“Pemenang”); dan

    iv) akan terdapat tiga (3) orang Pemenang pada setiap bulan April, Mei dan Jun 2023, dan sejumlah sembilan (9) orang Pemenang selama Tempoh Pertandingan.

  2. Setiap orang Pemenang berhak menerima satu telefon pintar dengan keupayaan NFC bernilai RM1,500 (“Hadiah”).

  3. Sekiranya Peserta Layak gagal menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan, jawapan yang diberikan adalah salah atau selainnya gagal memberikan maklumat yang perlu seperti yang diminta, hak penerimaan Hadiah akan dilucutkan tanpa notis selanjutnya kepada Peserta Layak, dan seorang Peserta Layak pengganti akan dipilih mengikut budi bicara TNG semata-mata.

  4. Peserta Layak pengganti, jika ada, akan dihubungi melalui e-mel dan akan dikehendaki supaya memenuhi kehendak yang dinyatakan di bawah Fasal 4 untuk diberi Hadiah. Tiada Peserta Layak pengganti seterusnya akan dipilih untuk sebarang Hadiah yang telah dilucutkan hak penerimaannya atau Hadiah yang dibiarkan tak dituntut pada waktu ini.

  5. Pemenang bagi bulan itu akan diumumkan pada laman penambat Kempen pada laman web hos TNG pada 21hb. pada bulan yang berikut atau hari kerja yang berikut. Peserta Layak bertanggungjawab untuk memeriksa laman penambat itu selepas pengumuman dipaparkan.

  6. Pemenang bertanggungjawab sendiri untuk memastikan bahawa butiran peribadi, maklumat perhubungan dan alamat e-mel mereka adalah tepat apabila mendaftar bagi akaun pada Portal TNG untuk menerima Hadiah. 

  7. TNG tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungan terhadap apa-apa usaha, yang diarahkan dengan salah atau yang tidak berjaya, untuk memberitahu dan memberi Pemenang Hadiah, sekiranya salah arah atau usaha yang tidak berjaya tersebut boleh dikaitkan dengan kegagalan Pemenang untuk menyerahkan dengan tepat perincian dan butiran yang perlu, dengan cara yang dinyatakan dalam terma-terma ini.

  8. Hadiah tidak termasuk sebarang kos, caj, cukai dan perbelanjaan yang ditanggung secara langsung atau tidak langsung oleh Pemenang semasa menuntut dan menikmati Hadiah, yang termasuk, tanpa batasan, sebarang aksesori telefon bimbit, kad SIM dan ketersambungan rangkaian.

  9. Hadiah tidak boleh ditukar, dipindah milik atau diperniagakan. TNG mempunyai hak, mengikut budi bicaranya, untuk menukarkan Hadiah dengan Hadiah lain yang bernilai serupa atau yang kurang bernilai, tanpa sebarang notis terdahulu. Semua Pemenang terpilih yang telah diberitahu atau dihubungi adalah disifatkan sebagai Pemenang muktamad.

  10. Mana-mana Peserta yang akaun Portal TNG beliau telah terhenti, ditamatkan atau digantung akan dihilangkan kelayakan secara automatik untuk menyertai Pertandingan, dan tidak berhak menuntut Hadiah. Mana-mana Peserta yang sudah pun mendaftar bagi suatu akaun sebelum Tempoh Pertandingan tidak akan layak menyertai Pertandingan ini.

  11. TNG akan mengagihkan Hadiah kepada semua Pemenang dalam tempoh sembilan puluh (90) hari kerja dari 30hb. Jun 2023, tarikh tamat Pertandingan. TNG menafikan dengan nyata apa-apa dan semua liabiliti yang timbul daripada sebarang kelewatan, kehilangan, kerosakan atau kegagalan penghantaran Hadiah, dan tidak akan bertanggungjawab dengan apa jua cara terhadap kehilangan atau kerosakan Hadiah semasa dalam perjalanan. Pengagihan Hadiah hanya akan dibuat kepada alamat Malaysia yang dinyatakan oleh Pemenang.

  12. Dengan menyertai Pertandingan ini, anda membenarkan dan bersetuju:

    i) untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat Pertandingan, termasuk mana-mana pindaan atau perubahan kepadanya serta sebarang keputusan yang dibuat oleh TNG;

    ii) bahawa Pemenang tidak akan menerima atau menuntut nilai runcit Hadiah. TNG tidak akan menggantikan sebarang Hadiah yang hilang, rosak atau dicuri. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dibayar balik, dan tiada penggantian akan dibuat kecuali seperti yang diperuntukkan di dalam ini, mengikut budi bicara TNG semata-mata. Hadiah tidak boleh ditebus untuk mendapat wang tunai;

    iii) bagi TNG untuk mengumpulkan, merekodkan, memegang, menyimpan, menggunakan, memproses dan menzahirkan data peribadi anda (ditakrifkan di bawah) bagi maksud yang perlu atau berkaitan dengan penyertaan anda dalam Pertandingan;

    iv) bagi TNG untuk menzahirkan atau menerbitkan data peribadi anda seperti nama dan identiti anda, serta apa-apa maklumat am yang difikirkan patut oleh TNG, pada sebarang media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

    v) untuk memberikan hak yang mutlak dan tidak terbatas kepada TNG bagi mengubah suai, menggunakan dan menerbitkan sebarang imej pegun atau bergerak dan kapsyen bertulis tentang Peserta bagi apa-apa maksud promosi, pemasaran, komersial atau maksud lain yang berkaitan, tanpa sebarang bayaran atau pampasan; dan

    vi) untuk mematuhi Terma dan Syarat TNG (sila rujuk kepada pautan http://www.touchngo.com.my untuk mendapatkan perincian). Peserta mengesahkan bahawa semua maklumat dan data peribadi (“data peribadi”) yang diserahkan oleh Peserta kepada TNG adalah tepat. Peserta dengan ini memberikan persetujuan mereka kepada TNG untuk memproses dan/atau menggunakan sebarang data peribadi Peserta dan untuk memberikan data itu kepada syarikat yang berkaitan dan/atau tergabung dengan TNG, rakan perniagaan dan/atau perikatan strategik TNG yang sedia ada atau pada masa depan dan/atau mana-mana pihak ketiga lain seperti yang disifatkan sebagai perlu atau suai manfaat oleh TNG mengikut budi bicara mutlaknya bagi maksud pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatannya mengikut Notis Privasi TNG. Seterusnya dan sebagai tambahan kepadanya, Peserta dengan ini mengesahkan bahawa tiada kebenaran atau persetujuan selanjutnya daripada Peserta akan menjadi perlu atau dikehendaki berhubung dengan perkara tersebut, dan bahawa ini hendaklah merupakan persetujuan untuk pemprosesan data peribadi Peserta. Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai Notis Privasi TNG, sila hubungi pihak Khidmat Pelanggan (Careline) TNG pada talian 03-2714 8888 atau rujuk kepada Notis Privasi TNG pada pautan www.touchngo.com.my.

  13. TNG mempunyai hak untuk menolak sebarang penyertaan atau menghilangkan kelayakan mana-mana Peserta tanpa memberikan apa-apa sebab sekalipun baginya, dan mempunyai hak mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Pertandingan, dengan atau tanpa sebarang notis terdahulu dan/atau memberikan apa-apa alasan. Bagi mengelakkan keraguan, pindaan terma-terma di dalam ini, serta pembatalan, penamatan atau penggantungan Pertandingan ini oleh TNG, tidak akan menyebabkan anda berhak membuat apa-apa tuntutan terhadap TNG atau mendapat sebarang pampasan daripada TNG bagi apa-apa dan/atau semua kerugian atau ganti rugi yang dialami atau ditanggung sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.

  14. TNG, subsidiarinya, anggota gabungannya, syarikat bersekutunya dan perbadanan yang berkaitan dengannya (seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 7 Akta Syarikat 2016) tidak akan bertanggungan terhadap sebarang kerugian (termasuk, tanpa batasan, kerugian tidak langsung, khas atau turutan atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan diri atau kematian yang dialami atau ditanggung oleh mana-mana orang (sama ada yang timbul daripada kecuaian mana-mana orang atau tidak) berhubung dengan Pertandingan, dan dalam apa-apa keadaan sekalipun, liabiliti tersebut dihadkan setakat mana yang dibenarkan di sisi undang-undang.

  15. Terma dan syarat yang terkandung di sini hendaklah mengatasi mana-mana terma, syarat, peruntukan atau representasi tidak konsisten yang terkandung dalam sebarang bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Pertandingan.

  16. TNG mempunyai hak mutlak untuk mengubah, memotong atau menambah mana-mana terma dan syarat Pertandingan dalam dokumen ini (keseluruhannya atau sebahagiannya) dari semasa ke semasa, tanpa sebarang notis terdahulu kepada anda. Keputusan TNG berhubung dengan semua aspek Pertandingan adalah disifatkan sebagai muktamad, mengikat dan konklusif dalam mana-mana keadaan, dan tiada apa-apa surat-menyurat, aduan atau rayuan sekalipun akan dilayani.

  17. Terma dan syarat ini hendaklah dikawal oleh, dan ditafsirkan atau diinterpretasikan mengikut, undang-undang Malaysia. Apa-apa pertikaian, kontroversi, tuntutan atau perselisihan yang timbul daripada, atau berkaitan dengan, terma dan syarat ini, atau kemungkiran, penamatan atau ketaksahannya (“Pertikaian”) hendaklah diselesaikan, setakat mana yang mungkin, oleh perundingan dan persetujuan bersama. Pihak-pihak dengan ini patuh kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia berkenaan dengan apa-apa Pertikaian.

  18. Tiada kegagalan atau kelewatan oleh TNG dalam menggunakan sebarang hak, kuasa atau keistimewaan di bawah terma dan syarat ini akan beroperasi sebagai penepian atau estopel terhadapnya, dan begitu juga mana-mana satu atau sebahagian daripada penggunaan itu tidak akan menghalang apa-apa penggunaan lain atau selanjutnya, atau penggunaan sebarang hak, kuasa atau keistimewaan di bawah ini.

  19. Jika mana-mana peruntukan di bawah ini diputuskan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang pada masa ini atau masa depan, peruntukan tersebut hendaklah boleh diasingkan sepenuhnya, dan terma dan syarat ini hendaklah ditafsirkan dan dikuatkuasakan seolah-olah peruntukan yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut tidak pernah membentuk sebahagian daripadanya, dan peruntukan yang tinggal hendaklah tetap berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya serta tidak dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu atau oleh pengasingannya daripada terma dan syarat ini.

  20. Anda tidak boleh menyerahkan sebarang hak di bawah terma dan syarat ini atau memindahkan obligasinya di bawah ini tanpa persetujuan bertulis terdahulu TNG. Anda dengan ini bersetuju dengan penyerahan atau pemindahan hak dan obligasi TNG di bawah ini olehnya, tanpa notis kepada anda, dan anda hendaklah melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu untuk melaksanakan penyerahan hak atau pemindahan tersebut.

  21. Tertakluk pada undang-undang yang terpakai, TNG tidak membuat sebarang jaminan, dan dengan ini menafikan apa-apa dan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan Hadiah yang diberikan di bawah Pertandingan. Tanpa mengehadkan keluasan makna perkara yang disebut di atas, tertakluk pada undang-undang yang terpakai, Hadiah diberikan “seperti adanya” (“as is”) tanpa sebarang jenis jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, dan TNG dengan ini menafikan semua jaminan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa jaminan tersirat atau jaminan kebolehdagangan, kesesuaian bagi sesuatu maksud tertentu dan/atau ketiadaan pelanggaran.

  22. Jika, atas sebarang alasan, Pertandingan tidak dapat dijalankan dan/atau penggunaan dan penikmatan Hadiah tidak dapat berlangsung seperti yang dirancang kerana virus komputer, pepijat, pincang tugas sistem, gangguan, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, kebakaran, banjir, gempa bumi, ribut atau bencana alam lain, rusuhan, mogok, kegiatan pengganas, kekacauan awam, peraturan kerajaan, epidemik, pandemik atau apa-apa sebab lain di luar kawalan TNG (yang hendaklah termasuk isu atau kelewatan yang tidak dapat diduga berhubung dengan mana-mana pembawa pos atau perkhidmatan kurier yang digunakan oleh TNG), TNG mempunyai hak, mengikut budi bicaranya semata-mata, untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung Pertandingan dan/atau Hadiah, dan Pemenang atau Peserta Pertandingan tidak akan mempunyai sebarang hak tuntutan terhadap TNG.

  23. Peserta, Peserta Layak dan Pemenang melepaskan TNG dan bersetuju untuk menanggung rugi, membela dan melindungi TNG, dan mana-mana orang dan entiti lain yang terlibat dalam pembangunan, pengeluaran dan/atau pentadbiran Pertandingan dan Hadiahnya, daripada apa-apa dan semua liabiliti terhadap kerugian, mudarat, kerosakan, kecederaan, kos, fi dan perbelanjaan, termasuk tanpa batasan, kerosakan harta, kecederaan diri (termasuk tekanan emosi dan/atau kematian), yang timbul daripada penyertaan dalam Pertandingan dan/atau tindakan menuntut dan menggunakan Hadiah, apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Pertandingan atau Hadiah, dan/atau penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penikmatan sebarang Hadiah, dan terhadap tuntutan atau kausa tindakan berdasarkan data peribadi, fitnah atau pelanggaran privasi dan penyampaian barang niaga.

  24. Tanpa mengehadkan keluasan perkara di atas, TNG tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap, dan Pemenang hendaklah menanggung rugi dan melindungi TNG daripada, sebarang kerugian, mudarat, kerosakan, kecederaan, kos, fi dan perbelanjaan yang dialami oleh Pemenang sekiranya Pemenang tidak dapat menggunakan dan menikmati Hadiah disebabkan oleh apa-apa kesalahan, perbuatan atau peninggalan Pemenang.

  25. Terma dan syarat yang dinyatakan sedemikian, atau berdasarkan sifatnya sahaja, yang dimaksudkan untuk terus wujud selepas penamatan atau tamat tempoh Pertandingan, hendaklah terus wujud sebegitu. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut di atas, Fasal 28 ini dan Fasal 15, 17, 18, 21, 22, 24, 25, 26, 27 dan 29 hendaklah terus wujud selepas penamatan atau tamat tempoh Pertandingan.

  26. Terma dan syarat ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya terdapat apa-apa ketakkonsistenan, percanggahan, kesamaran atau perselisihan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia terma dan syarat ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah mengatasi versi Bahasa Malaysia.

[English] Terms & Conditions

  1. The Register & Menang Contest (“Contest”) is open to all Malaysian citizens (i) who are at least 18 years of age, (ii) whose residential address is located in Malaysia, (iii) who have not registered for an account on the Touch ‘n Go Card Portal (“TNG Portal”) and (iv) who are Touch ‘n Go users, existing and new, save and except for staff of Touch ‘n Go Sdn Bhd (“TNG”) and TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”).

  2. The Contest will commence on 12.00 a.m. of 1st April 2023 and ends on 11.59 p.m. of 30th June 2023 ("Contest Period”).

  3. During the Contest Period, participation of individuals in this Contest (“Participant”) shall be based on the following requirement:

    i) the Participant shall register for an account on the TNG Portal at https://tngportal.touchngo.com.my/ and submit all required information in order to complete the registration; and

    ii) the Participant shall link their active and valid TNG Card to the account. 

Only accounts registered and created on and from the commencement date of the Contest Period shall constitute a valid participation in this Contest. 

  1. The Winners for this Contest shall be selected based on the following criteria:

    i) three (3) new accounts will be selected by TNG for every month of April, May and June 2023;

    ii) the selected Participants (“Qualifying Participants”) shall be contacted by TNG Marketing team via email (tngmarketing@touchngo.com.my) to answer a simple qualifying question and submit their personal details and any other information as requested for the purposes of awarding the Prize within the allocated time;

    iii) the Qualifying Participants who have answered correctly within the allocated time shall be deemed winners (“Winners”); and

    iv) there shall be three (3) Winners for every month of April, May and June 2023, and nine (9) Winners in total for the Contest Period.

  2. The Winners shall each be entitled to receive a smartphone with NFC capability worth RM1,500 (“Prize”).

  3. In the event the Qualifying Participant fail to answer the question in accordance with the instructions given, the answer given is wrong or otherwise fail to provide the necessary information as requested, the Prize will be forfeited without further notice to the Qualifying Participant and a replacement Qualifying Participant will be selected at TNG’s sole discretion.

  4. The replacement Qualifying Participant, if any, will be contacted via email and will be required to fulfill the requirements set out under Clause 4 to be awarded with the Prize. No further replacement Qualifying Participant will be selected for any Prize that is forfeited or left unclaimed at this point.

  5. The Winners for the month shall be announced on the Contest’s landing page hosted on TNG’s website on the 21st of the next month or the next working day. The Qualifying Participants are responsible to check the landing page once the announcement is posted.

  6. The Winners are personally responsible for ensuring that their personal particulars, contact details and email address are accurate when registering for an account on the TNG Portal in order to receive the Prizes.

  7. TNG shall not be held responsible or liable for any misdirected or unsuccessful efforts to notify and award the Winners with the Prizes, should such misdirection or unsuccessful effort is attributable to the Winner’s failure to accurately submit the necessary details and particulars, in the manner set out in these terms.

  8. The Prizes do not include any cost, charges, taxes and expenses directly or indirectly incurred by the Winners in the course of the claiming and enjoyment of the Prizes, which includes without limitation to any mobile accessories, SIM cards and network connectivity.

  9. The Prizes are not exchangeable, transferable or negotiable. TNG reserves the right to change the Prizes at its discretion with another Prize of similar or lesser value without any prior notice. All selected Winners who have been notified or contacted are deemed final.

  10. Any Participant whose TNG Portal account has ceased, terminated or suspended is automatically disqualified from the Contest and not entitled to claim the Prize. Any Participant who has already registered for an account prior to the Contest Period will not be eligible to participate in this Contest.

  11. TNG will distribute the Prizes to all Winners within ninety (90) working days from the Contest end date of 30th June 2023. TNG expressly disclaims any and all liabilities arising from any delays, lost, damage or unsuccessful transmission of the Prizes and shall not in any way be liable for loss or damage to the Prizes in transit. Distribution of the Prizes shall only be made to Malaysian addresses nominated by the Winners.

  12. By participating in this Contest, you consent and agree:

    i) to abide and be bound by the terms and conditions of the Contest including any amendments or variations thereto as well as any decisions made by TNG;

    ii) that the Winners will not receive or claim the retail value of the Prizes. TNG will not replace any lost, mutilated, or stolen Prizes. Prizes are non-transferable and non-refundable and no substitutions will be made except as provided herein, in TNG’s sole discretion. Prizes are not redeemable for cash;

    iii) for TNG to collect, record, hold, store, use, process and disclose your personal data (defined below) for purposes which are necessary or related to your participation in the Contest;

    iv) for TNG to disclose or publish your personal data such as your name, identities, and any general information that TNG sees fit, on any media, marketing, or advertising materials;

    v) to grant TNG the absolute and unrestricted right to modify, use and publish any still or moving images and written caption of the Participants for any promotional, marketing, commercial, or other related purpose, without any payment or compensation; and

    vi) to abide by TNG’s Terms and Conditions (please refer to http://www.touchngo.com.my for details). The Participant confirm that all personal information and data (“personal data”) submitted by the Participant to TNG are accurate. The Participant hereby gives their consent to TNG to process and/or use any of the Participant’s personal data and to release the same to TNG’s related and/or affiliated company, TNG’s existing, future business partners and/or strategic alliances and/or any other third party as TNG may in its absolute discretion deem necessary or expedient for the purpose of marketing and promotion of its products and services in accordance with TNG’s Privacy Notice. Further and in addition thereto, the Participant hereby confirms that no further permission nor consent from the Participant would be necessary or required in relation thereto and that this shall constitute consent for the processing of the Participant’s personal data. For more information on the TNG Privacy Notice, please contact TNG’s Careline at 03-2714 8888 or refer to TNG’s Privacy Notice at www.touchngo.com.my

  13. TNG reserves the right to reject any entry or disqualify any Participant without assigning any reasons whatsoever and reserves the absolute right to cancel, terminate or suspend the Contest with or without any prior notice and/or assigning any reason. For the avoidance of doubt, amendments to the terms herein, cancellation, termination or suspension by TNG of this Contest shall not entitle you to any claim or compensation against TNG for any and/or all losses or damages suffered or incurred as a direct or indirect result from such amendment, cancellation, termination or suspension.

  14. TNG, its subsidiaries, affiliates, associated companies and related corporations (as defined under Section 7 of the Companies Act 2016) will not be liable for any loss (including, without limitation, indirect, special or consequential loss or loss of profits), expense, damage, personal injury or death which is suffered or sustained by any person (whether or not arising from any person's negligence) in connection with the Contest and in any event such liability is limited to the minimum allowable by law.

  15. The terms and conditions contained herein shall prevail over any inconsistent terms, conditions, provisions or representations contained in any other promotional or advertising materials for the Contest.

  16. TNG reserves the absolute right to vary, delete or add to any of the terms and conditions of the Contest in this document (wholly or in part) from time to time without any prior notice to you. TNG’s decision in relation to all aspects of the Contest is deemed final, binding and conclusive under any circumstances and no correspondence, complaint or appeal whatsoever will be entertained.

  17. These terms and conditions shall be governed by and construed or interpreted in accordance with the laws of Malaysia. Any dispute, controversy, claim or difference arising out of or in connection with these terms and conditions, or the breach, termination or invalidity thereof (“Dispute”) shall be settled, in so far as it is possible, by mutual consultation and consent. Parties hereby submit to the exclusive jurisdiction of the courts of Malaysia in respect of any Dispute.

  18. No failure or delay by TNG in exercising any right, power or privilege under these terms and conditions will operate as a waiver or an estoppel thereof, nor will any single or partial exercise thereof preclude any other or further exercise thereof or the exercise of any right, power or privilege hereunder. 

  19. If any provision hereunder is held to be illegal, invalid or unenforceable under present or future laws, such provision shall be fully severable and these terms and conditions shall be construed and enforced as if such illegal, invalid or unenforceable provision had never comprised a part hereof and the remaining provisions shall remain in full force and effect and shall not be affected by the illegal, invalid or unenforceable provision or by its severance herefrom.

  20. You shall not assign any right under these terms and conditions or transfer its obligations hereunder without the prior written consent of TNG. You hereby consent to TNG assigning or transferring its rights and obligations hereunder without notice to you and you shall do all that is reasonably necessary to give effect to such assignment or transfer.

  21. Subject to applicable laws, TNG makes no warranties, and hereby disclaims any and all warranties, express or implied concerning the Prizes furnished under the Contest. Without limiting the generality of the foregoing, subject to applicable laws, Prizes are provided “as is” without warranty of any kind, either express or implied and TNG hereby disclaims all such warranties, including but not limited to any implied warranties or merchantability, fitness for a particular purpose and/or non-infringement.

  22. If for any reason, the Contest is not capable of running and/or the utilisation and enjoyment of the Prize is unable to run as planned by reason of computer virus, bug, system malfunction, tampering, unauthorised intervention, fraud, technical failures, fire, flood, earthquake, storm or other natural cataclysm, riot, strike, terrorist activity, civil commotion, government regulation, epidemic, pandemic or any other causes beyond the control of TNG (which shall include unforeseeable issues or delays in relation to any postal carrier or courier service utilized by TNG), TNG reserves the right, in its sole discretion to cancel, terminate, modify or suspend the Contest and/or Prize, and the Winner or Participant of the Contest shall have no claim against TNG.

  23. The Participants, Qualifying Participants and Winners release TNG and agree to indemnify, defend and hold TNG, and any other persons and entities involved in the development, production and/or administration of the Contest and its Prizes, harmless, from any and all liability for losses, harm, damage, injury, costs, fees, and expenses, including without limitation, property damage, personal injury (including emotional distress and/or death), arising from participating in the Contest and/or claiming and utilizing the Prizes, any activity relating to the Contest or the Prizes, and/or acceptance, receipt, possession, use or enjoyment of any Prize and for claims or causes of action based on personal data, defamation or invasion of privacy and merchandise delivery.

  24. Without limiting the generality of the above, TNG will not be held responsible, and the Winners shall indemnify and hold TNG harmless for any losses, harm, damage, injury, costs, fees, and expenses suffered by the Winners in the event the Winner is not able to utilise and enjoy the Prize due to any fault, act or omission of the Winners.

  25. The terms and conditions which are expressed so or which by their very nature are meant to survive the termination or expiry of the Contest shall so survive. Without derogation to the foregoing, this Clause 28 and Clauses 15, 17, 18, 21, 22, 24, 25, 26, 27 and 29 shall survive the termination or expiry of the Contest.

  26. These terms and conditions are prepared in Bahasa Malaysia and English only. In the event of any inconsistency, conflict, ambiguity or discrepancy between the English version and Bahasa Malaysia version of these terms and conditions, the English version shall prevail.