A-Life Pelindung Terma & Syarat
Sekiranya Orang Dilindungi didiagnos mengalami Koma bukan akibat kemalangan (penyakit) dalam sijil tahun pertama atau kedua, faedah yang akan dibayar ialah 100% daripada jumlah caruman yang telah dibayar oleh peserta. Selepas itu, sijil ini akan ditamatkan.
Jika sijil Takaful dibatalkan dalam tempoh 15 hari, caruman penuh ditolak perbelanjaan perubatan (jika ada) akan dikembalikan.
Kadar Tabarru' untuk pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC Takaful berhak untuk menyemak semula Tabarru' dengan memberi anda notis bertulis selama 3 bulan terlebih dahulu.
Bayaran caruman boleh dibuat setiap tahun, separa tahun, suku tahunan atau bulanan.
Pelan Takaful ini tidak akan memberi faedah daripada Dana Risiko Peserta (DRP) apabila sijil Takaful ditamatkan atau tamat tempoh.
Anda mesti memastikan bahawa anda tahu dan faham segala maklumat penting berkenaan pelan ini. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan penjelasan daripada Pengendali Takaful.
Sekiranya caruman anda tidak dibayar, sijil anda akan kekal berkuat kuasa selagi Nilai Akaun anda dalam Dana Akaun Peserta (DAP) mencukupi untuk menampung tabarru' dan caj yang berkaitan. Jika sebarang caruman tidak dibayar dan Nilai Akaun DAP tidak mencukupi untuk menampung tabarru' dan caj sijil yang berkaitan, sijil anda akan luput selepas tempoh tangguh.
Pengendali Takaful akan membayar bahagian lebihan anda kepada badan amal yang dipilih oleh Pengendali Takaful jika anda memilih untuk menyumbang lebihan boleh agih anda kepada badan amal. Anda boleh memilih untuk tidak lagi menderma lebihan anda pada bila-bila masa dengan memberikan pemakluman kepada Pengendali Takaful. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan diberikan sebarang resit untuk derma anda.
Maklumat di atas adalah tidak lengkap. Anda digalakkan merujuk kepada Ilustrasi Produk dan Lembaran Pendedahan Produk untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini sebelum menyertai dalam sijil Takaful dan juga merujuk kepada terma dan syarat dalam sijil Takaful untuk penjelasan terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat, pengecualian dan tempoh menunggu sijil Takaful ini.
Anda berhak mendapat pelepasan cukai individu semasa anda menyertai pelan ini, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Sila ambil perhatian bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.