FREQUENTLY ASKED QUESTIONs

  1. What is Touch ‘n Go eWallet Dana Rahmah?This is a collaboration effort between TNG Digital Sdn. Bhd., Yayasan Prihatin Nasional, and Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, aimed at providing free Personal Accident insurance coverage to the B40 group through public fundraising. Additionally, the project seeks to promote financial security among the B40 group using the Touch ‘n Go eWallet platform. 

  2. How can I donate to the Project?Individuals can contribute any amount starting from RM0.01 through the Touch 'n Go eWallet to Yayasan Prihatin Nasional for the Project. There is no minimum donation requirement, and all contributions are greatly appreciated. 

  3. Are donations eligible for income tax claims?Yes, donations made towards Touch ‘n Go eWallet Dana Rahmah are eligible for income tax claims, subject to Malaysia's prevailing tax laws and regulations. Sponsors are advised to keep proper records of their donations to facilitate the tax claim process. 

  4. How can organizations make donations?Organizations interested in making donations can contact dana.rahmah@tngdigital.com.my to coordinate their contributions. 

  5. When does the application for Sponsored Insurance start?You can start applying for Sponsored Insurance from January 2024, exclusively within the Touch ‘n Go eWallet app. This application is open only to registered Touch ‘n Go eWallet users with verified accounts. 

  6. What are the eligibility criteria for Sponsored Insurance?To be eligible for Sponsored Insurance, applicants must: 

    1. Be a Malaysian aged between sixteen (16) and sixty (60) years old. 

    2. Be a registered Touch ‘n Go eWallet user with a valid and verified account. 

    3. Meet the B40 eligibility as verified via Yayasan Prihatin Nasional 

    4. Have successfully applied for the Sponsored Insurance under this Dana Rahmah Project via Touch ‘n Go eWallet app or alternatively, https://www.touchngo.com.my/dana-rahmah

  7. I was born on June 16, 2008, but I'm not yet 16 years old. Am I still eligible to apply for sponsored insurance?The eligibility is based on your birth year, without consideration of your birth month and day, as long as you were born between 2008 and 1964. 

  8. What if my application is not approved?In case of a failed application, applicants have the option to appeal. Each applicant is allowed to make one (1) appeal, which must be submitted within fourteen (14) days of the initial application failure. The decision on appeals made by TNGD is considered final. 

  9. When will the Sponsored Insurance coverage be granted?The Sponsored Insurance coverage will be granted on the 20th of every month. Eligible applicants who have been approved will receive their sponsored insurance confirmation of coverage on the specified date. 

  10. Does Touch ‘n Go eWallet take any of the proceeds?No, we do not. All proceeds will go directly to the respective organisations. 

  11. Who can I reach out to on insurance-related inquiries?The Sponsored Insurance coverage under the Group Personal Accident Allianz4All policy is underwritten by Allianz General. For questions regarding the Sponsored Insurance such as the specific terms or claims processes, you can contact Allianz’s Customer Service on 1300 22 5542. 

  12. I have other questions/feedback on my donation and/or the Project. Where can I submit my inquiries/comments?For any questions about the application process, donation, or eligibility, you can contact us at danarahmah@tngdigital.com.my. 

 

SOALAN LAZIM

  1. Apakah Touch 'n Go eWallet Dana Rahmah?Projek ini merupakan kerjasama antara TNG Digital Sdn. Bhd., Yayasan Prihatin Nasional, dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, bertujuan untuk menyediakan perlindungan insurans kemalangan peribadi percuma kepada golongan B40 melalui pengumpulan dana awam. Selain itu, projek ini bertujuan untuk mempromosikan keselamatan kewangan dalam kalangan golongan B40 dengan menggunakan platform Touch 'n Go eWallet. 

  1. Bagaimana saya boleh membuat sumbangan kepada Projek ini?Individu boleh menyumbang sebarang wang bermula dari RM0.01 melalui Touch 'n Go eWallet kepada Yayasan Prihatin Nasional untuk Projek ini. Tiada keperluan sumbangan minimum, dan semua sumbangan sangat dihargai.  

  1. Adakah sumbangan ini layak untuk tuntutan cukai pendapatan?Ya, sumbangan yang dibuat kepada Touch 'n Go eWallet Dana Rahmah layak untuk tuntutan cukai pendapatan, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan cukai yang berkuat kuasa di Malaysia. Penaja dinasihatkan untuk menyimpan rekod yang betul tentang sumbangan mereka untuk memudahkan proses tuntutan cukai. 

  1. Bagaimana organisasi boleh membuat sumbangan?Organisasi yang berminat untuk membuat sumbangan boleh menghubungi dana.rahmah@tngdigital.com.my untuk mengkoordinasikan sumbangan mereka. 

  1. Bilakah permohonan untuk Insurans Tajaan bermula?Permohonan untuk Insurans Tajaan akan bermula pada 1 Januari 2024, secara eksklusif dalam aplikasi Touch 'n Go eWallet. Permohonan ini hanya terbuka kepada pengguna Touch 'n Go eWallet yang berdaftar dengan akaun yang disahkan.   

  1. Apakah kriteria kelayakan untuk Insurans Tajaan?Untuk layak mendapat Insurans Tajaan, pemohon mesti: 

    1. Warganegara Malaysia berumur antara enam belas (16) hingga enam puluh (60) tahun. 

    2. Pengguna Touch 'n Go eWallet yang berdaftar dengan akaun yang sah dan disahkan. 

    3. Memenuhi kelayakan B40 seperti yang disahkan oleh Yayasan Prihatin Nasional. 

    4. Berjaya memohon Insurans Tajaan melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet atau alternatifnya, https://www.touchngo.com.my/dana-rahmah

  2. Saya dilahirkan pada 16 Jun 2008, tetapi saya belum mencapai usia 16 tahun. Adakah saya masih layak untuk Insurans Tajaan?
    Kelayakan berdasarkan tahun kelahiran anda tanpa mengambil kira bulan dan hari kelahiran, selagi anda dilahirkan antara tahun 2008 dan 1964.

  3. Apakah yang harus saya lakukan jika permohonan saya tidak diluluskan?Dalam kes permohonan yang gagal, pemohon mempunyai pilihan untuk merayu. Setiap pemohon dibenarkan satu (1) rayuan, yang mesti dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari kegagalan permohonan asal. Keputusan mengenai rayuan yang dibuat oleh pentadbir projek adalah dianggap muktamad. 

  4. Bilakah perlindungan insurans yang ditaja akan diberikan?Penajaan akan diberikan pada tanggal 20 setiap bulan. Pemohon layak yang telah diluluskan akan menerima pengesahan perlindungan mereka di bawah Insurans Tajaan pada tarikh yang ditentukan. 

  5. Adakah Touch 'n Go eWallet mengambil sebahagian daripada hasil sumbangan?Tidak. Semua hasil sumbangan akan disalurkan secara langsung kepada organisasi yang berkaitan. 

  6. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan berkaitan insurans? Untuk pertanyaan mengenai Insurans Tajaan termasuk terma-terma khusus atau proses tuntutan, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Allianz melalui talian di 1300-22-5542. 

  7. Saya mempunyai soalan/maklum balas lain mengenai sumbangan saya dan/atau projek ini. Di mana saya boleh menghantar pertanyaan/komen saya?Untuk sebarang soalan mengenai proses permohonan, sumbangan, atau kelayakan, anda boleh menghubungi kami di dana.rahmah@tngdigital.com.my.