Berpeluang menerima RM8 kredit eDompet

Tebuskanlah baucar RM50 Perlindungan Tenang melalui kami untuk kredit eDompet.
Ketahui lebih lanjut
Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40. Melalui program ini, baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Inisiatif ini terbuka kepada semua penerima BPR. Inisiatif ini ditawarkan kepada penerima BPR kategori isi rumah terlebih dahulu bermula 30 September 2021, sebelum dibuka kepada penerima BPR di bawah kategori yang lain dalam masa terdekat.

Fasa

Kategori

Tarikh

Fasa 1

Isi rumah / barangan keperluan rumah

30 September 2021

Fasa 2

Individu bujang / tunggal

15 November 2021

Fasa 3

Warga emas

15 November 2021

Tebus baucar melalui Touch ‘n Go eWallet
  • Tekan banner yang terpapar di skrin utama  
  • Tekan “Tebus Baucar Sekarang”
  • Pilih salah satu syarikat insurans atau pengendali takaful dan tekan “Tebus Sekarang”
  • Tekan ”Selesai”

Imbas kod QR untuk menebus sekarang

Ketahui lebih lanjut
Soalan lazim
Apa itu Program Baucar Perlindungan Tenang?

Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40. Melalui program ini, baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Siapakah yang layak mendapat program baucar RM50 ini?

Inisiatif ini terbuka kepada semua penerima BPR. Inisiatif ini akan ditawarkan kepada penerima BPR kategori isi rumah terlebih dahulu bermula 30 September 2021, sebelum dibuka kepada penerima BPR di bawah kategori yang lain dalam masa terdekat.

Bagaimanakah cara saya menyemak kelayakan dan menebus baucar ini??

Langkah 1: Layari www.myptv.my

Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda dan tandakan (/) di bahagian “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.

Siapakah syarikat insurans dan pengendali takaful yang terlibat?

Allianz, MSIG dan FWD Takaful adalah syarikat Insurans / pengendali takaful yang bekerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet.

Bolehkah saya menebus lebih daripada satu baucar?

Tidak. Anda hanya boleh menebus satu baucar. Setiap penerima hanya akan menerima satu baucar bernilai RM50.

Bolehkah saya menukar baucar menjadi tunai?

Tidak. Baucar ini tidak boleh dipulangkan atau ditukarkan kepada wang tunai secara sebahagian atau penuh.

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai Program Baucar Perlindungan Tenang?

Anda boleh layari Portal PTV di www.myptv.my untuk maklumat lanjut mengenai PTV dan www.mycoverage.my/perlindungan_tenang/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk Perlindungan Tenang.