5 Restoran Wajib Cuba untuk Berbuka Puasa di KL & Selangor 2025

budget,guide,near-me,places,restaurant
2025-02-20
5 Restoran Wajib Cuba untuk Berbuka Puasa di KL & Selangor 2025

Memandangkan bulan Ramadan semakin menjelang tiba, mesti anda sekarang dah mula plan nak berbuka puasa di mana kan?

Jangan risau, kami dah kumpulkan lima restoran wajib cuba di KL dan Selangor untuk anda berbuka puasa bulan Ramadan ini. Dari hidangan tempatan yang menyelerakan hingga masakan antarabangsa yang halal, semuanya ada!

 

Untuk peminat hidangan Thai; Absolute Thai

 

 

Lokasi: LG-18, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Chow Kit, Kuala Lumpur 

Waktu operasi: Setiap hari, 10am – 10pm 

Hidangan popular: Tom yum goong, pad thai, nasi goreng nanas, green curry

Status halal: Mesra muslim

Harga: RM30+ seorang 

 

Jika anda seorang penggemar makanan Thai, Absolute Thai pasti bukan satu nama asing untuk anda! Dengan restoran yang menyediakan suasana yang selesa dan barisan hidangan autentik, selangkah kedalam restoran ini pasti membuat anda rasa seperti anda berada di Thailand.

Jangan lupa untuk cuba menu popular mereka seperti tom yum goong yang cukup rasa pedas dan masam, nasi goreng nanas yang unik, dan green curry yang jarang didapati di restoran lain.

 

Untuk hidangan western; cuba Naj & Belle

Lokasi: Jalan Tandok, Bangsar, Kuala Lumpur 

Waktu operasi: Isnin-Khamis (11 pagi – 10 malam), Jumaat-Ahad (10 pagi – 10 malam) 

Hidangan popular: Watermelon cake, soft shell crab linguini, the hermit 

Status halal: Mesra muslim

Harga: RM50+ seorang 

 

Naj & Belle terkenal dengan hidangan Barat yang halal dan pencuci mulut yang unik. Antara menu pencuci mulut paling popular mereka adalah watermelon cake yang segar dan penuh dengan rasa tembikai yang asli. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu-menu ikonik Naj & Belle seperti soft shell crab linguini yang rangup dan lemak, atau the hermit, sebuah hidangan campuran ketam dan telur yang sangat unik dan tidak boleh didapati di tempat lain.

Jika anda mencari tempat berbuka puasa yang istimewa untuk dinikmati bersama keluarga, kawan-kawan atau si dia yang tercinta, Naj & Belle merupakan pilihan yang tepat.

 

Untuk hidangan autentik Korea; cuba Babsang

Lokasi: SouthLink, Jalan Kerinchi Kiri 2, Bangsar South, Kuala Lumpur 

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam 

Hidangan popular: Grilled saba, BBQ salmon & kimchi jigae, kimbab 

Status halal: Halal 

Harga: RM20+ seorang 

 

Teringin hidangan Korea setelah menonton K-Drama? Apa kata berbuka puasa di BabSang!

BabSang menawarkan hidangan Korea halal yang cukup enak dengan harga yang berpatutan. Dengan menu menu autentik Korea seperti kimchi jigae dan kimbab yang hanya RM10, setiap gigitan pasti akan membuat anda rasa seperti anda membintangi K-Drama anda sendiri!

 

Untuk hidangan Cina Muslim; cuba Mee Hiris Cina Muslim

Lokasi: Datuk Jelatek Shopping Centre, Taman Keramat, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Hidangan popular: Mee hiris sup daging, Mee hiris pes kacang, Dumpling ayam 

Status halal: Halal

Harga: RM20+ seorang 

 

Jika anda rasa nak hirup sup yang hangat dan penuh dengan rempah yang mencukupi, cubalah Mee Hiris Cina Muslim! Mee Hiris Cina Muslim menawarkan pelbagai hidangan Cina Muslim yang halal, enak, dan sihat! Jika anda berbuka puasa di sini, jangan lupa untuk cuba menu popular mereka seperti mee hiris sup daging mereka yang popular, mee hiris pes kacang yang penuh dengan rasa pekat kacang, dan dumpling buatan tangan yang rangup!

 

Inginkan restoran untuk seisi keluarga; cuba Restoran Nong & Jimmy Thai BBQ

Lokasi: Jalan Cahaya 1, Taman Cahaya, Ampang, Selangor 

Waktu operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 10 malam 

Hidangan popular: Mango salad, seafood tom yum, asam siakap steam fish

Status halal: Mesra muslim

Harga: RM40+ seorang 

 

Selain dari Absolute Thai, Nong & Jimmy juga menawarkan pengalaman makan ala Thai yang istimewa! Nong & Jimmy menawarkan pelbagai hidangan istimewa seperti seafood tom yum, asam siakap steam fish, dan kerabu mangga yang pasti mengenyangkan perut anda sekeluarga. Sebagai bonus tambahan, restoran ini juga menyediakan tempat letak kereta percuma, jadi mudah untuk seisi keluarga anda.

 

Nak cuba restoran lain pula? Dengan Near Me, mencari tempat berbuka puasa kini lebih mudah!

Tidak perlu pening kepala cari tempat untuk berbuka puasa. Kelima-lima restoran ini menawarkan hidangan yang sedap, suasana yang selesa, dan pastinya mesra Muslim. Jika anda ingin mencari restoran lain yang best untuk berbuka puasa, anda boleh cuba Near Me, ciri terbaru di TNG eWallet. Jadi, jom ajak keluarga dan rakan-rakan untuk mencuba ciri terbaru ini. Selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera!