Maklumat terkini mengenai video viral Zahid Baharudin

April 22nd, 2024

Kami ingin memberi maklumat terkini mengenai kes Zahid Baharudin berikutan ‘posting’ kami sebelum ini. Siasatan kami mendedahkan bahawa kesemua transaksi sememangnya disahkan dengan betul. Transaksi tersebut memenuhi kriteria berikut: diselesaikan dengan PIN, dibuat pada peranti pengguna yang dipautkan dengan akaun TNG eWallet mereka sebagai peranti unik, dan kebanyakannya berlaku di tempat kediaman. Selain itu, transaksi yang dibuat melalui pengimbasan QR perlu dilakukan dengan peranti yang telah dipautkan. Cap masa transaksi ini juga sama dengan masa aktif aplikasi pada peranti menunjukkan kesahihannya.

Adalah penting untuk menekankan bahawa tiada sebarang aktiviti penipuan pada eWallet dalam hal ini, membuktikan TNG eWallet bebas daripada sebarang salah laku.

Sepertimana kami komited terhadap ketelusan, kami juga terikat dengan peraturan privasi seperti Akta Kerahsiaan yang tidak membenarkan butiran terperinci untuk didedahkan kepada umum. Walau bagaimanapun, kami ingin memberi jaminan bahawa kami mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa transaksi tersebut telah disahkan dengan betul.

Kami telah meminta Zahid dan isterinya untuk memberitahu pengikut sosial media mereka mengenai status siasatan kerana kami telah menggunakan kesemua saluran bantuan daripada pihak kami.

Malangnya, di sebalik usaha kami, Zahid dan isterinya memilih untuk terus merosakkan reputasi kami dengan membuat kenyataan berunsur fitnah bahawa TNG eWallet tidak selamat untuk digunakan. Tambahan pula, mereka menggambarkan usaha kami menerangkan kepada orang ramai tentang isu ini sebagai menuding jari kepada bank yang berkenaan.

Oleh kerana itu, kami tidak mempunyai alternatif lain melainkan untuk mengambil tindakan undang-undang:
1. Membuat laporan polis.
2. Mengeluarkan Surat Pemberhentian kepada Zahid dan isterinya, disertakan dengan log transaksi terperinci untuk penjelasan.

Meskipun kami telah menawarkan mereka satu lagi peluang untuk menjelaskan secara terbuka, mereka masih belum berbuat demikian. Oleh itu, prosiding undang-undang kami akan diteruskan.

Kami komited sepenuhnya untuk menegakkan integriti keselamatan dan syarikat kami, dan akan mengambil apa sahaja tindakan yang diperlukan untuk melindungi komuniti kami.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda yang tidak berbelah bahagi. Sekiranya anda mempunyai sebarang kecurigaan, sila hubungi kami.


Update on Zahid Baharudin's viral video

We'd like to provide an update on the recent Zahid Baharudin’s case following our previous post. Our investigation revealed that all transactions were indeed properly authorised. These transactions met the following criteria: they were completed using a PIN, conducted on the user's phone, which is binded to their TNG eWallet account as the unique device, and mostly took place at the place of residence. Additionally, transactions made through QR scanning were required to be conducted with the linked device. The timestamps of these transactions align with the app's active time on the device, further validating their authenticity.

It's crucial to emphasise that in this matter, there is an absence of fraudulent activity on the eWallet, thereby clearing TNG eWallet from any wrongdoing.

We want to emphasise that while we're committed to transparency, we're also bound by privacy regulations like Secrecy Act, preventing us from disclosing extensive details. However, we want to assure you that we have strong evidence indicating that these transactions were properly authorised.

We kindly requested Zahid and his wife to update their followers on the investigation status, as we had exhausted all avenues of assistance from our end.

Unfortunately, despite our efforts, Zahid and his wife persisted in damaging our reputation by making defamatory statements that TNG eWallet is unsafe. Furthermore, they wrongly portrayed our efforts to update the public as shifting blame to the bank involved.

Regrettably, we were left with no alternative but to take legal action:
1. Filing a police report
2. Issuing a Cease & Desist letter to Zahid and his wife, accompanied by a detailed transaction log for clarity.

Despite offering them another opportunity to publicly clarify, they have not done so, and we are now letting legal proceedings take their course.

We are fully committed to upholding the integrity of our security and company, and we will take whatever action is necessary to protect our community.

Thank you for your unwavering support and trust. Should you have any concerns, please feel free to reach out.

Explore similar articles

Aww, there are no results.