Kenapa semua peniaga patut buka TNG Digital Business Account
 
            Pernah jual nasi lemak dari rumah, barangan kraftangan di Instagram, atau buat kerja freelance sambilan? Kalau ya, sebenarnya anda sudah pun layak dipanggil peniaga. Kini, dengan TNG Digital Business Account, usaha kecil anda boleh berkembang dengan mudah untuk menjadi sesuatu yang lebih besar.
Kenali TNG Digital Business Account
Akaun ini direka khas untuk perniagaan mikro, perniagaan kecil atau sederhana (PKS) termasuk pekerja gig, peniaga online, dan peniaga gerai makanan. Pendek kata, sesiapa sahaja yang nak mencari rezeki dengan lebih mudah. Sama ada anda usahawan sepenuh masa atau sambilan, akaun ini memang untuk anda.
Kelebihan utama:
- Terima bayaran pelanggan serta-merta
- Tiada borang fizikal
- Tiada caj (RM0 MDR)
- Tiada baki minimum
- Cukup dengan sekadar mempunyai satu telefon pintar
“Saya bukan peniaga besar . Sesuai ke untuk saya?”
Ya, sesuai! Akaun ini dicipta untuk mereka yang biasanya terlepas pandang oleh bank tradisional. Ia 100% digital, boleh dibuka dalam beberapa minit terus dari telefon, dan anda boleh mula menerima bayaran segera.
Dengan Business Account, anda boleh:
- Pindah wang ke bank/eWallet lain melalui DuitNow
- Jejak pendapatan dan urus aliran tunai dengan mudah
Tiada halangan. Tiada alasan.
Kami faham nak mulakan bisnes bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab itu Business Account dibina untuk berkembang bersama anda. Tiada borang bank yang leceh, tiada caj tersembunyi, dan tak perlu daftar syarikat dengan segera. Anda boleh mula secara kecil-kecilan, belajar perlahan-lahan, dan kembangkan bila anda bersedia.
Dengan ciri-ciri lain dalam TNG eWallet seperti simpanan dan perlindungan, ia bukan sekadar dompet digital — ia sistem sokongan penuh untuk impian anda. Sama ada anda baru nak bermula atau sudah berjaya, Business Account ada untuk setiap langkah anda. Kerana setiap impian besar bermula dengan satu langkah kecil.