Fahami baki BUDI95 anda dan semak terus dengan TNG eWallet

budget,money-management
2025-10-10
Fahami baki BUDI95 anda dan semak terus dengan TNG eWallet

Artikel ini juga tersedia dalam Bahasa Inggeris

 

Tengah cuba faham subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95)? Risau isi minyak terlebih atau terkurang? Mak ayah pula minta anda tolong kira? Ini panduan ringkas untuk bantu anda dan keluarga anda faham cara BUDI95 berfungsi serta bagaimana TNG eWallet bantu anda semak baki dengan mudah. 

 

Kenapa guna BUDI95 dalam TNG eWallet 

Dengan BUDI95 dalam TNG eWallet, anda boleh isi minyak di semua stesen minyak yang terlibat di seluruh Malaysia. Tak perlu guna banyak aplikasi. 

Oleh sebab akaun TNG eWallet anda sudah disahkan melalui proses eKYC dan dihubungkan dengan telefon, anda tak perlu tunjuk MyKad secara fizikal lagi. eWallet anda telah dihubungkan secara selamat dengan identiti anda. 

Jika anda isi minyak di PETRONAS pula, anda tetap boleh menikmati manfaat BUDI95 dengan lancar melalui SETEL. Mudah, tak perlu beratur di kaunter. 

Semua ini menjadikan TNG eWallet cara paling mudah untuk anda semak baki dan nikmati manfaat BUDI95 dengan selamat, di mana sahaja anda memandu. 

 

Apa itu BUDI95? 

Penting untuk anda tahu: BUDI95 ialah program subsidi petrol, bukan petrol percuma. Dengan program ini, rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah boleh membeli sehingga 300 liter RON95 setiap bulan pada harga subsidi. Matlamat program ini jelas, supaya manfaat harga rendah sampai kepada mereka yang layak, mengelakkkan salah guna dan membantu kewangan negara kekal stabil. 

 

Bagaimana manfaat BUDI95 dikira 

Cara manfaat BUDI95 anda dikira adalah seperti berikut: 

Perkara 

Harga/Nilai 

Harga pam/pasaran biasa 

RM2.60/L 

Harga selepas subsidi 

RM1.99/L 

Subsidi kerajaan setiap liter 

RM2.60 - RM1.99 = RM0.61/L 

Peruntukan bulanan 

300L seorang setiap bulan 

Nilai subsidi bulanan 

RM0.61 x 300 liter = RM183 

*Harga pam dan harga subsidi ini adalah tepat sehingga 1 Oktober 2025. 
 
Cara semak baki BUDI95 anda dalam TNG eWallet 

Dalam BUDI95 di TNG eWallet, anda boleh lihat ringkasan baki serta penggunaan manfaat petrol anda dengan jelas. 

 

 

  • Baki terkini: Jumlah daripada peruntukan 300 liter anda yang masih ada. Semakin banyak anda guna, semakin berkurang liter dan peratus yang ditunjukkan. 
  • Nilai baki terkini (RM): Jumlah subsidi yang masih ada untuk bulan tersebut. 

 
Nota: Maklumat ini akan dikemas kini secara automatik sama ada anda membayar menggunakan eWallet, wang tunai atau kad. 

  

  • Stesen minyak yang terlibat: Memaparkan senarai stesen minyak yang menyokong manfaat BUDI95 melalui TNG eWallet, antaranya adalah PETRONAS (SETEL), Shell, Petron, BHPetrol, Caltex, PETROS dan Buraq Oil. 
  • Harga minyak: Memaparkan harga bersubsidi (RM1.99/liter) dan harga pam, iaitu harga pasaran tanpa subsidi (RM2.60/liter). 

Bahagian sejarah belian 

 

  • Sejarah belian: Butiran lokasi, masa, jumlah bayaran dan berapa liter subsidi yang telah anda gunakan. 

 

Nota: Maklumat ini hanya sah untuk transaksi yang dilakukan melalui BUDI95 dalam TNG eWallet. Jika anda menggunakan kaedah bayaran lain, mesej “Anda belum beli minyak lagi” mungkin akan dipaparkan kerana transaksi tersebut tidak direkodkan di sini. Jangan risau, anda masih boleh semak sejarah transaksi penuh di www.budimadani.gov.my. 

 

Contoh: Isi minyak petrol bernilai RM50 

Peruntukan bulanan BUDI95 anda dikira dalam liter petrol, bukan dalam nilai ringgit. Jadi, kalau anda mengisi minyak petrol bernilai RM50, ini cara baki anda dikira: 

Perkara 

Pengiraan 

Liter subsidi digunakan 

  • RM50 ÷ RM1.99 setiap liter ≈ 25.1 liter 

Nilai subsidi digunakan daripada peruntukan bulanan anda 

  • 25.1liter × RM0.61 = RM15.31 

Baki selepas transaksi 

  • Baki dalam liter: 
    300 liter − 25.1 liter = 274.9 liter 
  • Nilai baki terkini dalam RM: 
    RM183 − RM15.31 = RM167.69  
  • Peratusan baki yang tinggal: 
    274.9 ÷ 300 = 92% 

 

Apa jadi kalau baki BUDI95 anda habis? 

Apabila anda sudah menghabiskan semua 300 liter (atau nilai penuh subsidi iaitu RM183) untuk bulan tersebut, anda masih boleh mengisi minyak seperti biasa. Tetapi, harga yang dikenakan ialah harga pam/pasaran biasa iaitu RM2.60 seliter, bukannya harga subsidi RM1.99 seliter. Baki BUDI95 anda akan diperbaharui setiap bulan pada 1 hari bulan, jadi peruntukan anda akan bermula semula pada tarikh tersebut. 

 

Kenapa guna TNG eWallet untuk BUDI95 

TNG eWallet ialah satu-satunya aplikasi yang membolehkan anda menikmati manfaat BUDI95 di mana-mana sahaja, tanpa perlu tunjuk MyKad atau guna banyak aplikasi. 

Setiap pengguna telah mengesahkan identiti mereka melalui proses eKYC, memastikan subsidi anda dihubungkan dengan selamat kepada akaun dan nombor telefon anda. 

Selain itu, apabila anda mengisi minyak di PETRONAS, manfaat BUDI95 tetap boleh digunakan melalui SETEL dalam TNG eWallet, menjadikan pengalaman anda kekal pantas dan lancar. 

Anda akan menikmati: 

  • Semak baki secara automatik (tak perlu kira sendiri) 
  • Paparan langsung baki liter dan nilai terkini 
  • Perbandingan harga minyak yang jelas 
  • Bayar dengan lancar di semua stesen minyak terlibat 

Kesimpulannya, inilah cara paling mudah anda semak kelayakan, baki dan lihat manfaat BUDI95 bila-bila masa, di mana sahaja. 

Untuk ketahui lebih lanjut tentang cara mudah menikmati manfaat BUDI95 anda melalui TNG eWallet, baca panduan penuh kami di sini.