2 cara mudah nikmati manfaat BUDI MADANI RON95 dengan TNG eWallet

malaysia,tng-ewallet,transportation
2025-09-23
2 cara mudah nikmati manfaat BUDI MADANI RON95 dengan TNG eWallet

Artikel ini juga tersedia dalam Bahasa Inggeris

Kerajaan Malaysia kini beralih daripada subsidi petrol menyeluruh kepada sistem manfaat bersasar untuk RON95 yang dinamakan BUDI MADANI RON95. Pendekatan baru ini memastikan sokongan kerajaan disalurkan secara khusus kepada rakyat Malaysia. Kerajaan akan terus menanggung subsidi harga petrol untuk rakyat Malaysia dan penjimatan daripada sistem yang lebih efisien ini akan dikembalikan kepada rakyat.

  

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan apa itu BUDI95, tujuan pelaksanannya serta cara mudah untuk nikmati BUDI MADANI RON95 dengan TNG eWallet.  


Apa itu BUDI MADANI RON95?


BUDI MADANI RON95 ialah program baru untuk manfaat petrol RON95. Melalui program ini, rakyat Malaysia dengan lesen memandu yang sah boleh menikmati harga petrol RON95 bersubsidi. Antara tujuan program ini ialah:

 

  • memastikan subsidi sampai kepada rakyat Malaysia yang layak,
  • memastikan kewangan negara lebih mampan untuk jangka masa panjang, dan
  • mencegah penyeludupan serta ketirisan subsidi.

 

Pelancaran BUDI MADANI RON95 di aplikasi TNG eWallet akan bermula pada 27 September untuk anggota polis dan tentera, pada 28 September untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan pada 30 September untuk semua rakyat Malaysia yang memiliki MyKad serta lesen memandu yang sah.

 

Bagaimana TNG eWallet memudahkan anda menikmati BUDI MADANI RON95

 

Dengan BUDI95 melalui TNG eWallet, rakyat Malaysia boleh mengisi petrol dengan lebih mudah dan pantas. Anda boleh menikmati manfaat BUDI MADANI RON95 secara digital dan tanpa tunai.   

Dengan TNG eWallet, anda boleh:

 

  • Guna satu app di semua stesen minyak yang mengambil bahagian.
  • Mengesahkan kelayakan tanpa menggunakan MyKad kerana semua pengguna TNG eWallet telah pun disahkan.
  • Elak daripada beratur di kaunter menggunakan Petronas via Setel di TNG eWallet

 

Pelaksanaan BUDI MADANI RON95 di aplikasi TNG eWallet bermula pada 27 September, dimulakan dengan anggota pasukan polis dan Angkatan Tentera, 28 September untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan 30 September untuk setiap rakyat Malaysia yang memiliki My Kad dan lesen memandu yang sah.

 

Cara-cara guna BUDI95 dengan TNG eWallet anda:

 

Langkah 1: Muat turun dan daftar akaun TNG eWallet

 

Jika anda belum pernah menggunakan TNG eWallet, muat turun aplikasi Touch 'n Go eWallet dari App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.

 

  • Daftar dengan nombor telefon bimbit anda
  • Tetapkan PIN 6-digit yang selamat  

 

Langkah 2: Sahkan akaun anda

 

Semua pengguna TNG eWallet perlu mengesahkan akaun untuk mengakses BUDI95.

 

  • Pergi ke profil anda dalam aplikasi TNG eWallet
  • Tekan “Pengesahan Akaun”
  • Tekan “Sahkan Akaun”
  • Pilih jenis ID: MyKad
  • Imbas bahagian depan MyKad anda
  • Ambil swafoto.
  • Isi maklumat anda dan tekan “Hantar”

 

Biasanya, akaun anda boleh disahkan serta-merta. Namun, jika maklumat tambahan diperlukan, proses ini boleh mengambil masa sehingga 7 hari bekerja.   

 

Tip: Pastikan pencahayaan cukup terang semasa mengimbas MyKad dan mengambil swafoto. 

Selepas akaun anda disahkan, anda boleh mula menggunakan BUDI95.   

 

Langkah 3: Akses BUDI95 daripada eWallet anda

 

Untuk menyemak kelayakan dan peruntukan subsidi, tekan ikon BUDI95 di skrin utama eWallet anda. Jika ikon tidak kelihatan, tekan Lagi dan taip “BUDI95” dalam bar carian di bahagian atas.    

 

 

Langkah 4: Beli petrol RON95

 

  • Berhenti di pam minyak
  • Buka BUDI95 dan tekan “Buy Fuel”
  • Pilih atau sahkan stesen minyak yang dikesan secara automatik. Jika anda tidak dapat melihat mana-mana stesen minyak, pastikan tetapan lokasi peranti anda diaktifkan
  • Masukkan nombor pam dan jumlah petrol yang ingin dibeli
  • Tekan "Pay Now" dan sahkan bayaran
  • Kod QR akan dipaparkan selepas bayaran dibuat

 

Tip: Pastikan baki eWallet anda mencukupi. Anda boleh tambah nilai dengan mudah melalui pemindahan DuitNow. Lebih menarik lagi, TNG eWallet sedang mengadakan kempen  Just DuitNow Lah! — anda boleh dapat ganjaran apabila menambah nilai menggunakan DuitNow Transfer buat kali pertama. 

 

Langkah 5: Aktifkan pam

 

Tunjukkan kod QR di kaunter untuk diimbas oleh kakitangan stesen minyak. Selepas kod QR diimbas, pam akan diaktifkan dan anda boleh mula mengisi minyak.

Peringatan: Jika tangki kereta anda penuh sebelum jumlah minyak yang telah dibayar habis, baki tersebut akan dipulangkan semula ke eWallet anda dalam beberapa minit. 

 

Cara guna Petronas melalui Setel dalam TNG eWallet untuk dapatkan manfaat petrol anda


Walaupun pilihan ini eksklusif untuk stesen Petronas sahaja, kaedah ini membolehkan anda terus ke pam petrol tanpa perlu ke kaunter juruwang, semuanya melalui TNG eWallet di hujung jari anda.

 

Langkah 1: Akses Petronas melalui Setel

 

  • Buka TNG eWallet anda
  • Tekan “More”
  • Cari “Petronas via Setel” dalam bar carian
  • Tekan ikon “Petronas via Setel” apabila ia muncul
  • Jika anda pengguna baharu, tekan “Get Started”
  • Jika anda sudah mempunyai akaun, anda boleh terus ke langkah seterusnya.

 

Langkah 2: Beli petrol RON95 melalui Petronas via Setel

 

  • Tekan ikon “Petronas via Setel"
  • Tekan “Purchase fuel”. Aplikasi akan mengesan lokasi anda secara automatik. Jika anda tidak nampak lokasi tersebut, semak tetapan lokasi pada telefon anda sama ada sudah diaktifkan.

 

Langkah 3: Sahkan dan bayar

  • Pilih nombor pam dan jumlah petrol
  • Pilih jenis petrol RON95
  • Tekan pada “Teruskan dengan BUDI95”
  • Bayar terus dengan aplikasi
  • Pam kini diaktifkan dan anda boleh mula mengisi minyak

 

Adakah TNG eWallet satu-satunya cara untuk menggunakan BUDI MADANI RON95?  

 

Tidak. Walaupun TNG eWallet menawarkan cara yang mudah untuk menggunakan peruntukan anda, ia bukan satu-satunya pilihan. Anda juga boleh:

 

  • Tunjukkan MyKad di kaunter stesen minyak. Kakitangan akan sahkan kelayakan anda dan mengenakan harga RON95 bersubsidi. Anda kemudian boleh membayar menggunakan kad kredit/debit, Touch 'n Go eWallet Visa Card, e-dompet lain yang diterima atau wang tunai.
  • Gunakan MyKad terus di pam minyak. Di stesen minyak terpilih, masukkan MyKad ke dalam slot pada terminal kad di pam. Sistem akan sahkan kelayakan anda secara automatik dan mengenakan harga RON95 bersubsidi. Selepas itu, anda boleh membayar menggunakan kad kredit/debit termasuk Touch 'n Go eWallet Visa Card. 

 

Dengan pelbagai pilihan yang ada, semua rakyat Malaysia boleh menikmati BUDI MADANI RON95 mengikut cara masing-masing. Tetapi, dengan TNG eWallet, prosesnya jadi lebih cepat dan mudah kerana anda tak perlu mengesahkan identiti setiap kali mengisi minyak.

 

BUDI MADANI RON95 lebih mudah dengan TNG eWallet 

 

BUDI MADANI RON95 memastikan bantuan kerajaan diagihkan secara adil dan selamat. Walaupun ia memperkenalkan beberapa langkah tambahan, menggunakan TNG eWallet dengan BUDI95 menjadikan proses lebih mudah dan lancar.

 

Dengan TNG eWallet, anda mempunyai dua cara untuk menuntut manfaat anda, sama ada terus melalui BUDI95 dalam aplikasi atau melalui Petronas via Setel. Fleksibiliti ini bermakna anda tidak memerlukan banyak aplikasi untuk mengurus faedah minyak anda, menjadikan TNG eWallet platform BUDI MADANI RON95 yang paling mudah digunakan.

 

Lama-kelamaan, proses ini akan menjadi rutin, dan inisiatif seperti ini dapat membuka jalan untuk subsidi yang lebih disasarkan dan inklusif pada masa depan.