Mudahnya melancong ke Bali tanpa tunai: Ini caranya guna TNG eWallet di Indonesia

Bali kekal sebagai destinasi idaman rakyat Malaysia — pantai indah, kaya dengan budaya dan pilihan makan yang menarik. Kini, perjalanan anda boleh jadi lebih selesa dan moden apabila anda menggunakan TNG eWallet Indonesia. Dengan ciri Overseas QR, anda boleh menikmati cashless Indonesia melalui pembayaran menggunakan QRIS di hampir semua kedai, restoran dan gerai di Bali.
Destinasi wajib singgah di Bali dan cara bayar tanpa tunai
1. Pantai Seminyak & Kuta
Tidak lengkap perjalanan anda ke Bali tanpa menikmati matahari terbenam di Pantai Seminyak dan Kuta. Di Seminyak, suasana lebih eksklusif dan santai dengan deretan resort mewah dan kafe bergaya di tepi pantai. Di Kuta pula, anda disambut oleh ombak yang sesuai untuk meluncur dan jalan-jalan yang penuh dengan aktiviti pelancong. Ketika cahaya senja menyinari pasir keemasan, anda boleh duduk bersantai di salah satu bar tepi laut sambil menikmati minuman sejuk. Dan yang terbaik, kebanyakan tempat di sini menerima QRIS, jadi anda hanya perlu imbas dan bayar dengan TNG eWallet. Tidak perlu tukar wang tunai, tidak perlu risau kadar tukaran asing.
2. Pasar Seni Ubud
Terletak di tengah-tengah kawasan kehijauan dan sawah padi, Pasar Seni Ubud merupakan tempat terbaik untuk mencari hasil tangan tempatan seperti kain batik, barangan rotan, lukisan Bali, perhiasan perak dan banyak lagi. Anda bukan sekadar membeli-belah, anda menyokong komuniti artisan tempatan yang telah lama memelihara seni warisan ini. Berjalan di lorong-lorong pasar yang berwarna-warni sambil memilih cenderamata istimewa memberi pengalaman yang jauh lebih bermakna. Banyak peniaga kini menerima QRIS, menjadikan pembelian anda lebih mudah menggunakan Overseas QR dari TNG eWallet.
3. Pura Tanah Lot & Pura Uluwatu
Pura Tanah Lot ialah salah satu ikon Bali yang terletak di atas bongkah batu besar di tengah laut. Pemandangan pura yang dilimpahi cahaya matahari terbenam menjadikannya antara lokasi foto paling memukau di Indonesia. Di selatan pula, Pura Uluwatu berdiri megah di tebing tinggi menghadap Lautan Hindi. Ia terkenal dengan tarian Kecak yang dipersembahkan di waktu senja, yang merupakan satu pengalaman budaya dan alam semula jadi yang menarik. Walaupun tiket masuk biasanya dibayar secara tunai, kafe dan kedai berdekatan banyak yang sudah menyokong pembayaran QRIS untuk kemudahan pelawat. Jadi, anda boleh menikmati minuman air kelapa muda dan makanan ringan sambil travel cashless dengan TNG eWallet.
4. Jalan Small Living & Coffee shops
Kawasan Jalan Small Living di Ubud kini menjadi tumpuan generasi muda dan penggemar seni. Anda akan menemui deretan kafe berkonsep minimalis, kedai buku kecil-kecilan, studio seni dan bengkel kraf tempatan. Setiap kafe di sini menawarkan sesuatu yang unik, ada yang terkenal dengan kopi Bali hasil biji tempatan, ada yang menghidang kek buatan tangan yang sangat Instagram-worthy, dan ada juga yang menyediakan makanan dan minuman yang tidak boleh didapati di tempat lain. Rata-rata premis di kawasan ini sudah menyokong QRIS, jadi anda boleh membayar kopi pagi anda atau cenderamata eksklusif hanya dengan imbas menggunakan TNG eWallet. Ia menjadikan pengalaman bersantai lebih lancar, tanpa gangguan mencari duit kecil atau bimbang dompet hilang.
Banyak rangkaian antarabangsa seperti KFC, McDonald’s, Pizza Hut dan Uniqlo menerima bayaran melalui QRIS di Indonesia. Jenama tempatan terkenal seperti Kopi Kenangan, JCO Donuts dan Mie Gacoan juga menyokong pembayaran tanpa tunai ini. Dengan TNG eWallet, anda boleh bayar makanan, minuman dan barangan kegemaran dengan mudah — tanpa tunai dan tanpa caj tambahan.
Cara guna TNG eWallet di Bali
- Cara penggunaan TNG eWallet Indonesia dengan fungsi Overseas QR sangat mudah:
- Cari pelekat “QRIS”. Ia boleh dijumpai di kebanyakan restoran, kedai runcit, dan kedai serbaneka
- Imbas kod QR dengan aplikasi TNG eWallet, masukkan jumlah dalam Rupiah, dan sahkan dalam Ringgit Malaysia.
- Bayaran selesai sekelip mata — pantas, selamat dan tiada caj tambahan.
Faedah tambahan TNG eWallet semasa melancong
Travel eSIM: Boleh dibeli terus dari aplikasi untuk akses data mudah di seluruh Bali — tiada kesukaran menukar kad SIM tempatan.
Insurans perjalanan SafeTrip: Tambahan perlindungan untuk kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi atau kecemasan perubatan.
Touch ‘n Go eWallet Visa Card: Alternatif terbaik apabila sesetengah tempat tidak menerima QRIS, membolehkan pembayaran tanpa tunai secara meluas di seluruh pulau. Jika kedai atau restoran itu menerima pembayaran secara kad, anda boleh menggunakan Touch ‘N Go eWallet Visa Card.
Tip perjalanan cashless yang praktikal
- Sediakan sedikit wang tunai sekiranya sesetengah penjual kecil tidak menerima QRIS.
- Pastikan aplikasi TNG eWallet anda sentiasa dikemas kini ke versi terbaru dan talian data stabil semasa melakukan transaksi. Gunakan Travel eSIM TNG eWallet untuk talian yang stabil dengan harga yang murah.
- Periksa kadar tukaran dalam aplikasi sebelum buat pembayaran untuk memastikan anda
Permudahkan percutian anda dengan TNG eWallet
Dengan penerimaan meluas sistem QRIS, perjalanan ke Bali semakin mudah dan moden. Sama ada anda lebih suka menikmati suasana pantai, persembahan budaya atau bersantai di kafe, TNG eWallet Indonesia dan ciri Overseas QR membolehkan anda imbas, bayar dan terus jelajah tanpa risiko membawa tunai banyak. Tambahan pula, ciri seperti eSIM dan insurans perjalanan juga menjadikan perjalanan anda lebih selamat dan bebas kerumitan.