GOsantai-Raya_blog_banner.jpg

5 tips untuk persiapan Raya saat akhir

April 1st, 2024

Hari Raya Aidilfitri hampir tiba, dan persediaan untuk pulang ke kampung pastinya sedang diuruskan dengan tergesa-gesa. Ia juga memerlukan banyak persiapan yang teliti. Kalau tak plan betul-betul, boleh pening kepala dan stres dibuatnya!

Bagi memastikan pengalaman anda lebih lancar dan menyeronokkan, kami di TNG eWallet ada di sini untuk berkongsi tips berguna bagi membantu anda menyediakan segala keperluan dengan lebih santai dan mudah. Jadi, jangan risau lagi!

Tip 1: Beli tiket bas balik kampung

Untuk mereka yang merancang untuk pulang ke kampung menggunakan bas, jangan lupa untuk membeli tiket bas anda lebih awal. Tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter dan risau tiket habis. Beli tiket bas anda menggunakanTNG eWallet dan baru lah boleh tenang dan gembira untuk berjumpa dengan keluarga dan sanak saudara di kampung halaman nanti.

Anda boleh beli melalui rakan niaga kami: redBus, EasyBook dan BusTicketOnline di eWallet.

Nikmati pulangan tunai RM3

Hanya perlu belanja min RM20 untuk beli tiket bas di aplikasi redBus, Easybook atau BusOnlineTicket dalam eWallet anda.

Tip 2: Jangan lupa bayar Zakat Fitrah

Adalah amat penting bagi setiap individu muslim untuk menunaikan zakat bagi menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadan ini. Sesetengah orang mengalami kekangan masa untuk pergi berjumpa dengan amil untuk buat bayaran, tapi jangan kelam kabut, anda boleh bayar zakat secara digital melalui TNG eWallet. Ini pastinya dapat menjimatkan masa dan tenaga anda.

Duit Raya RM10 untuk anda!

Hanya perlu bayar zakat min RM100 pada PPZ-MAIWP dalam eWallet anda.

*Untuk pengguna Android sahaja.

Tip 3: Renew insurans kereta

Bagi mereka yang merancang untuk memandu pulang ke kampung, selain daripada menghantar kereta untuk diservis, pastikan juga untuk semak road tax dan insurans kereta anda. Jika sudah tamat tempoh, renew online menggunakan eWallet anda, senang sangat!

Baru lah boleh memandu dengan tenang dan selamat dengan adanya perjalanan balik kampung yang dilindungi untuk berjumpa yang tersayang.

Duit Raya RM20 untuk anda!

Hanya perlu renew insurans kereta melalui CarInsure dalam eWallet anda. Kod promo: GORAYA

Tip 4: Bagi e-duit Raya je!

Gembirakan sanak saudara dengan memberi duit Raya secara digital. Nak tukar wang tunai untuk duit Raya? Sekarang tak payah dah bersusah-payah pergi ke bank untuk menukar wang. Dapat jimat masa dan tenaga untuk selesaikan 101 perkara dalam senarai to-do anda sebelum Raya!

Tip 5: Labur duit Raya anak!

Musim perayaan ini adalah masa yang sesuai untuk mula mengajar anak-anak anda tentang kepentingan menyimpan dan pelaburan. Selepas bersalaman dan mengumpul duit Raya, ambil langkah bijak untuk simpan dan laburkan duit Raya anak di ASNB!

Ia dapat memberi potensi untuk mengembangkan simpanan duit Raya mereka— berguna sangat untuk masa depan anak nanti. Tunjukkan kepada mereka bagaimana wang mereka boleh berkembang dengan lebih banyak! Semua boleh dibuat di eWallet anda.

Pulangan tunai RM1 untuk anda.

Buka akaun ASNB dan labur min RM10 melalui GOinvest ASNB dalam eWallet anda.

Dengan menyelesaikan persiapan-persiapan ini dengan lancar, baru lah dapat menyambut Hari Raya dengan lebih tenang dan meriah bersama keluarga dan sanak saudara. Selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami di TNG eWallet!

Explore similar articles

Aww, there are no results.