Tengah merancang perjalanan balik kampung anda? Singgahlah tempat-tempat makan ini!

Hari Raya semakin hampir! Dan pastinya sekarang, ramai yang sudah mula merancang perjalanan balik kampung mereka. Ataupun buat yang tidak mempunyai kampung halaman , mungkin sedang merancang percutian bersama keluarga mereka untuk menikmati Raya bersama. Namun, satu perkara yang sering menjadi persoalan – Nak makan mana?
Tak kira sama ada anda melarikan diri dari hiruk-pikuk kota ke Kuala Selangor untuk staycation bersama keluarga, mencari tempat makan sebelum penerbangan anda di KLIA, atau melalui Putrajaya sewaktu perjalanan balik kampung, apa kata anda cuba tempat-tempat pilihan kami ni?
Mee Udang Banjir Kuala Selangor
Alamat: 587, Jln Klang - Teluk Intan, Batu 2½ Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor Waktu operasi: Sabtu - Khamis: 10:30 pagi – 7 petang; Jumaat: 2:30 petang – 7 petang Anggaran harga: RM20 - RM40 seorang Menu wajib cuba: Mee udang |
Apa kata anda cuba bercuti di kawasan Kuala Selangor dan cuba hidangan famous mereka, mee udang! Disebabkan kawasan Kuala Selangor yang berdekatan dengan persisiran pantai dan laut, udang yang digunakan sudah pasti segar. . Restoran Mee Udang Banjir menyediakan mee udang yang kaya dengan rasa segar, lengkap dengan kuah pekat dan udang besar yang pasti memuaskan selera anda!
Rindu Mama Café
Alamat: 37-1, Jln Dataran Suria 15/7, 42300 Puncak Alam, Selangor |
Singgahlah di Rindu Mama Café untuk sarapan pagi anda! , Nikmati aneka sarapan yang enak seperti roti canai, nasi lemak, mee goreng dan macam-macam lagi. Jangan lupa cuba hidangan kegemaran ramai di sini, roti canai lembut, gebu, dan dipasangkan pula dengan kuah dhal yang lazat, sambal yang pedas-pedas manis, dan kuah kari yang penuh rasa rempah – memang terangkat!
Gua. Juicery
Alamat: Dalam Taman Botani Putrajaya, Jln Taman Botani, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Waktu operasi: Selasa - Ahad: 1 petang – 8 malam; Jumaat: 3 petang – 8 malam Anggaran harga: Bawah RM20 Menu wajib cuba: Jus & smoothie |
Tengah panas-panas dalam perjalanan, apa kata anda segarkan diri dengan jus buah segar terbaik di Gua.Juicery! Kafe moden ini terkenal dengan pelbagai aneka jus dan smoothies seperti hidangan terlaris mereka iaitu Dragonfruit+blueberry dan Mangopine smoothie. Kafe ini juga mempunyai reka bentuk yang unik seperti sebuah gua, pasti menarik anda untuk bergambar. Selain jus buah mereka, kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan seperti roti ciabatta, piza, dan bagel.
Hubmeal Putrajaya
Alamat: 7, PC4, Taman Warisan Pertanian, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya Waktu operasi: Dibuka setiap hari: 9:30 pagi – 10 malam Anggaran harga: Bawah RM20 Menu wajib cuba: Ayam goreng sekor |
Kalau anda mencari hidangan yang unik sewaktu staycation bersama keluarga anda, apa salahnya jika anda mencuba makanan di Hubmeal Putrajaya! Hubmeal Putrajaya menyediakan pelbagai hidangan yang unik dan enak, seperti Ayam Goreng Sekor mereka – hidangan ayam yang digoreng tanpa dipotong, rasai keenakan ayam goreng yang rangup di luar dan lembut dan juicy di dalam!
Ali Maju Café KLIA
Alamat: Tingkat 3, Short Term Car Park Blok A, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor Waktu operasi: Dibuka 24 jam Anggaran harga: Bawah RM20 Menu wajib cuba: Roti Canai |
Perlu makanan tempatan yang cepat dan murah sebelum penerbangan balik kampung anda? Singgahlah di Ali Maju untuk menikmati roti canai panas yang rangup di luar, lembut di dalam bersama teh tarik yang penuh rasa lemak-lemak manis yang mengasyikkan!
Kaca & Kofi
Alamat: 23, Jalan SB, 8, Taman Seri Bestari, 43900 Sepang, Selangor Waktu operasi: Khamis - Selasa: 9.00 pagi – 9.00 malam Anggaran harga: RM20 - RM40 Menu wajib cuba: Waffle Chocolate Peanut Butter |
Ada banyak masa untuk diluangkan sebelum penerbangan anda? Apa kata manjakan diri dengan chill-chill sambil makan dessert yang enak di Kaca & Kofi. Cuba waffle coklat dan mentega kacang mereka, dessert yang sempurna sebelum anda berlepas.
Guna Near Me untuk lagi banyak cadangan tempat makan
Tak kisah jika anda sedang dalam perjalanan balik kampung atau sedang bercuti bersama keluarga, anda patut cuba enam tempat makan yang tersenarai di sini.
Dan jika anda mahukan lebih banyak cadangan restoran berdekatan anda, cubalah ciri TNG eWallet terbaru, Near Me!