Beraya di Lembah Klang tahun ini?? Jangan risau, makan juadah tradisi kampung anda disini part 2!

Sebelum ini, kita sudah pun meneliti juadah tradisi dari beberapa negeri yang terdapat di Lembah Klang. Kali ini sebagai sambungan pencarian juadah tradisi kampung halaman , kita akan menyenaraikan semua negeri yang tidak termasuk dalam bahagian pertama sebelum ini.
Jika sebelum ini kita telah menyenaraikan tempat makan juadah klasik bagi negeri-negeri di zon tengah, zon selatan dan Sabah dan Sarawak, kali ini kita explore pula hidangan tradisi negeri dari zon utara dan Pantai Timur. Bagi memudahkan pencarian anda, kami telah menyenaraikan beberapa tempat makan terbaik yang menawarkan hidangan ikonik dari seluruh Malaysia.
Perlis: Ikan Bakar
Nama: De Daun Corner Alamat: 15, Jalan Murni 1/2, Taman Langat Murni, 42700 Banting, Selangor. Waktu operasi: 10 pagi hingga 5 petang, tiap-tiap hari. Masakan terkenal: Ikan bakar Status halal: Mesra Muslim Harga: RM10 – RM30 |
Ikan Bakar Perlis yang terkenal dengan rasa yang segar dan berperisa boleh dinikmati di De Daun Corner. Ikan yang dibakar sempurna dengan sambal pedas pasti mengubat rindu anda kepada kampung halaman.
Kedah: Laksa Kedah
Nama: Ah Cheng Laksa Alamat: Pelbagai cawangan Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam, tiap tiap hari Masakan terkenal: Laksa Kedah Status halal: Muslim Friendly Harga: RM10 – RM20 |
Untuk orang Kedah yang rindukan rasa Laksa Kedah yang terkenal dengan kuahnya yang pekat, pedas dan masam, anda boleh terus ke Ah Cheng Laksa. Nikmati rasa Laksa Kedah yang pasti membuatkan anda terbayang-bayang suasana kampung di depan mata.
Pulau Pinang : Pasembor
Nama: Pasembor Hussin USJ 21 Alamat: 2, Jalan USJ 21/3, USJ 21, 47640 Subang Jaya, Selangor Waktu operasi: Buka 24 jam Masakan terkenal: Pasembor Status halal: Mesra Muslim Harga: RM5 – RM20 |
Kalau sebut pasal Pulau Pinang, mesti terbayang-bayang di depan mata Pasembor Penang yang penuh dengan bahan-bahan segar seperti sotong, tauhu, dan lain-lain. Untuk rasa Pasembor autentik seperti yang anda boleh dapat di Medan Renong, cubalah Pasembor Husin!
Perak: Putu Perak
Nama: Putu Perak Che Wa Alamat: No 30, Jalan Hulu Langat, Kampung Sungai Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 12 tengah hari hingga 6 petang Masakan terkenal: Putu Perak Status halal: Mesra Muslim Harga: Bawah RM10 |
Putu Perak, kuih tradisi Perak yang lembut dan manis, boleh didapati di Putu Perak Che Wa. Walaupun kuih tradisi ini dikatakan hampir pupus, anda masih boleh mendapatkannya di Putu Perak Che Wa. Kuih tradisi ini pastinya boleh mengubat rindu anda terhadap tanah Perak yang tenang.
Pahang: Ikan Patin
Nama: Ikan Patin Che Ta Alamat: No.107-G (Ground floor), Jalan Prima SG 3/2, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu operasi: Sabtu – Khamis, 8 pagi hingga 9 malam. Isnin, 9 pagi hingga 5 petang. Masakan terkenal: Patin tempoyak Status halal: Mesra Muslim Harga: RM20-RM40 |
Sebut saja Pahang, pasti semua terbayangkan rasa gulai tempoyak patin yang cukup rasa masam, pedas, dan segar. Jika anda teringin untuk merasakan masakan ikan patin tempoyak yang pekat, masam, dan serba serbi cukup rasa, tak perlu hingga ke Kuantan, di Ikan Patin Che Ta pun ada.
Kelantan: Nasi Kerabu
Nama: Terminal Ikan Kerabu Alamat: Jln Dagang 1, Taman Dagang Jaya, 68000 Ampang Jaya, Selangor Waktu operasi: Hari biasa, 7:30 pagi hingga 11:30 pagi. Jumaat, 7 pagi hingga 11:30 pagi. Sabtu, 7:30 pagi hingga 11 pagi. Masakan terkenal: Nasi kerabu Status halal: Mesra Muslim Harga: RM5-RM20 |
Nasi kerabu Kelantan merupakan salah satu masakan paling popular di Malaysia. Dengan nasinya yang berwarna biru unik digabungkan pula dengan sambal yang cukup rasa pedas dan manis, pilihan lauk sama ada daging bakar atau ayam bakar, nasi kerabu ini boleh dinikmati di Terminal Nasi Kerabu.
Terengganu: Keropok Lekor
Nama: Canai Cafe Alamat: 2, Jalan SS 15/4, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor Waktu operasi: Buka setiap hari, 24 jam. Masakan terkenal: Keropok Lekor Status halal: Mesra Muslim Harga: Bermula dari RM1 |
Kalau sebut sahaja Terengganu, mestilah semua terbayang Kepok Lekor! Kalau anda ingin menikmati keropok lekor yang sama sedap dengan Terengganu, anda boleh cuba di Canai Cafe. Nikmati keropok lekor goreng biasa, atau cuba hidangan yang lebih unik seperti keropok lekor dengan kuah cheese.
Nikmati makanan tradisi raya dengan bantuan TNG eWallet!
Dengan adanya senarai restoran dan hidangan tradisi dari seluruh Malaysia ini, anda tidak perlu lagi merindui makanan kampung, walaupun beraya di Lembah Klang. Apa yang lebih menarik, anda boleh gunakan ciri terbaru TNG eWallet, Near Me untuk mencari restoran lain juga. Cuma buka aplikasi TNG eWallet, klik pada feature "Near Me," dan taipkan nama restoran atau jenis makanan yang anda cari.
Jadi, jom jelajah Lembah Klang dan puaskan selera anda dengan hidangan tradisi dari 13 negeri. Selamat Hari Raya dan selamat menjamu selera! Jangan lupa gunakan TNG eWallet untuk pembayaran yang lebih pantas dan mudah.