Beraya di Lembah Klang tahun ini? Jangan risau, makan juadah tradisi kampung anda disini!

Hari Raya bakal tiba tidak lama lagi, dan pastinya ramai yang sudah mula merindui juadah tradisi dari kampung halaman masing-masing. Namun, jangan risau! Jika anda beraya di Lembah Klang tahun ini, anda masih boleh menikmati hidangan tradisi kampung halaman anda yang autentik dan ikonik. Sebagai pusat pelbagai budaya dan masakan Malaysia, Lembah Klang menawarkan hidangan dari semua 13 negeri. Jadi, sama ada anda mengidam Gulai Penang atau Nasi Kerabu Kelantan, semuanya ada di sini.
Mari kita sambut Raya dengan penuh kemeriahan seperti di kampung, walaupun kita berada jauh di tempat orang. Berikut adalah panduan untuk anda yang ingin menikmati hidangan kampung di Lembah Klang:
Selangor: Satay Kajang
Nama: Arif Satay Kepong Alamat: Jalan 2/17, off Jalan Kepong, Jinjang Utara, 52000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu operasi: Selasa hingga Khamis, 1 tengah hari hingga 11 malam Masakan terkenal: Satay Kajang Status halal: Mesra Muslim Harga: RM5-RM30 |
Sebut saja makanan terkenal di Selangor, pasti ada yang teringat Satay Kajang! Sate Kajang terkenal dengan daging yang lembut dan kuah kacang yang cukup rasa boleh didapati di Arif Satay Kepong Corner. Cuba sekali, pasti nak lagi!
Kuala Lumpur: Nasi Lemak
Nama: Nasi Lemak Daun Pisang Restaurant Alamat: 24A, Lorong Syed Putra Kiri, Bukit Seputeh, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu operasi: Buka setiap hari, 12:30 tengah hari hingga 11 malam. Masakan terkenal: Nasi Lemak Status halal: Mesra Muslim Harga: RM10-RM30 |
Siapa je yang tak suka nasi lemak kan? Kalau anda ingin mencuba nasi lemak dengan sambal pedas dan lauk yang pelbagai, anda boleh cuba nikmati Nasi Lemak Daun Pisang Restaurant! Nikmati nasi lemak yang cukup rasa lemak dengan sambal yang pedas-pedas manis, hanya di sini.
Negeri Sembilan: Masak Lemak Cili Api
Nama: Bangi Masak Lomak Cili Api Alamat: N9 Food Court, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor Waktu operasi: Buka setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam. Masakan terkenal: Masak lemak cili api Status halal: Mesra Muslim Harga: Bermula dari RM8 |
Kalau bercakap dengan orang Negeri Sembilan, pasti ramai yang rindukan masak lemak cili api yang autentik. Kini anda tak perlu lagi ke Negeri Sembilan untuk masak lemak yang autentik, di Bangi pun dah boleh dapat di Bangi Masak Lomak Cili Api.
Melaka: Nyonya Laksa
Nama: Limapulo: Baba Can Cook Alamat: 50, Jalan Doraisamy, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 11:30 pagi hingga 3 petang. Khamis hingga Sabtu, 11:30 pagi hingga 3 petang, 5 petang hingga 9 malam. Masakan terkenal: Nyonya laksa Status halal: Halal Harga: RM20 – RM40 |
Kalau Laksa Kedah dikenali dengan rasanya yang pekat, pedas, dan masam, Nyonya Laksa Melaka pula terkenal dengan kuahnya yang kaya dengan rasa rempah. Jika anda inginkan Nyonya laksa tanpa perlu ke Melaka, anda boleh cuba Lima Pulo – Baba Can Cook. Nyonya laksa di sini juga pernah dipuji oleh senarai makanan terkemuka dunia, The Michelin Guide.
Johor: Laksa Johor
Nama: Paktam Laksa Johor Alamat: 9169, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Wilayah Perseketuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu operasi: Buka setiap hari, 8 pagi hingga 11:30 malam Masakan terkenal: Laksa Johor Status halal: Halal Harga: RM10 – RM25 |
Laksa Johor terkenal dengan kuahnya yang diperbuat daripada ikan yang memberikan tekstur yang pekat, dan pilihan mi yang unik, iaitu menggunakan spaghetti. Jika anda teringin merasakan Laksa Johor seperti di kampung anda, anda boleh cuba Paktam Laksa Johor. Paktam Laksa Johor menyediakan Laksa Johor yang cukup rasa masam dan pedas, dan juga penuh rasa ikan segar.
Sabah: Sabah Keratang KL Fish Noodles
Nama: Sabah Keratang KL Fish Noodles Alamat: Ground Floor, No. A-G-21, Block A, No. 8, Jalan PJU 1a/20a, Dataran Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Waktu operasi: Buka setiap hari, 10 pagi hingga 4 petang, 5 petang hingga 9 malam Masakan terkenal: Mee sup ikan Status halal: Halal Harga: RM20 – RM40 |
Anda rindukan ikan segar dan mi sup ikan dari Sabah? Jangan risau, kerana sekarang anda boleh nikmati ikan segar Sabah di KL, hanya di Sabah Keratang KL Fish Noodles. Sabah Keratang KL Fish Noodles menawarkan ikan yang segar dan mi sup ikan yang penuh rasa berempah, dimakan pula dengan ikan goreng segar yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Sarawak: Sarawak Laksa
Nama: Kadey Kamek Sunway Putra Alamat: L1-30, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu operasi: Buka setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam Masakan terkenal: Laksa Sarawak Status halal: Halal Harga: Bermula dari RM20 |
Walaupun ramai yang berpendapat bahawa makanan Sarawak yang autentik sukar didapati di Lembah Klang, namun Kadey Kamek Sunway Putra menawarkan pelbagai juadah tradisi Sarawak yang enak dan autentik. Dari Nasi Aruk ke Laksa Sarawak, Kadey Kamek pasti tak akan menghampakan anda. Rasakan kelazatan Laksa Sarawak yang unik mereka!
Ubat rindu anda dengan Near Me
Adakah anda tertanya tanya kenapa juadah tradisi dari negeri kampung halaman anda tidak tersenarai? Jangan risau, bahagian kedua akan menyusul tak lama lagi, dan akan menyenaraikan semua negeri yang tiada di sini.
Sementara itu, jika anda ingin mencuba nasib mencari tempat makan yang lain selain didalam senarai ini, anda boleh cuba Near Me, ciri terbaru di TNG eWallet yang membolehkan anda memilih tempat makan berdasarkan reviews orang ramai!