or click HERE to register
Careline: +603-2714 8888
7:30am to 9:30pm daily
(including Public Holidays)
Touch N Go
       
 
Touch 'n Go Card
     
 
 
 
 
 
   
       
    Photocard
       
   
       
   
       
   
       
   
       
   
       
   
       


TERMS & CONDITIONS

 

         
1.0    
2.0      
         

1.0
Definisi
 
1.1
"Borang Permohonan" bermaksud borang  khusus dan direka oleh TNGSB dan diisi oleh anda.
  1.2

"Kad" bermaksud kad pintar yang menggunakan teknologi tanpa sentuh dan biasa dikenali sebagai"Kad Touch 'n Go".

  1.3

"Transaksi Kad" bermaksud transaksi elektronik yang dijana menggunakan Kad di mana-mana Pembekal Perkhidmatan atau Titik Jualan yang melaksanakan Perkhidmatan dan transaksi Tambah Nilai.

  1.4
"Nilai Kredit" bermaksud nilai setara wang (tidak termasuk Deposit), yang  boleh digunakan bagi Perkhidmatan.
  1.5
"Tarikh Pengeluaran" bermaksud tarikh di mana Kad tersebut dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan.
  1.6
"Deposit" bermaksud jumlah wang, jika ada, yang dinyatakan oleh TNGSB dari masa ke semasa sebagai syarat untuk pengeluaran Kad dan akan dikembalikan pada bila-bila masa tertakluk kepada pematuhan terma dan syarat yang terpakai mengikut Perjanjian ini.
  1.7
"Tamat" bermaksud berhubung dengan Kad, tempoh sepuluh (10) tahun telah berlalu dari Tarikh Pengeluaran.
  1.8
"Kad Tidak Sah" bermaksud Kad yang tidak boleh digunakan di mana-mana Pembekal Perkhidmatan atau Titik Jualan bagi Perkhidmatan.
  1.9
"Pengeluar" bermaksud TNGSB atau mana-mana institusi kewangan lain yang diberi kuasa oleh TNGSB. Senarai institusi kewangan yang bertauliah boleh didapati di laman web TNGSB di http://www.touchngo.com.my.
  1.10
"Harga Pembelian Terus" bermaksud jumlah wang, jika ada, yang dinyatakan oleh TNGSB dari masa ke semasa sebagai syarat bagi pembelian Kad, bukannya Deposit, dan tidak akan dikembalikan.
  1.11
"Titik Jualan" bermaksud kemudahan di mana Kad dijual dan sokongan pelanggan dan perkhidmatan lain yang diberikan. Senarai Titik Jualan bertauliah ada disenaraikan dalam laman web TNGSB di http://www.touchngo.com.my.
  1.12
"Perbadanan Berkaitan" bermaksud perbadanan yang berkaitan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat, 1965 dan termasuklah pengarah dan pekerja mereka.
  1.13
"Tambah Nilai" bermaksud  transaksi menambah Nilai Kredit kepada Kad yang dilakukan di mana-mana Pembekal Perkhidmatan bertauliah atau di Titik Jualan.
  1.14
"Penyedia Perkhidmatan" bermaksud seorang pedagang, penjual atau sebuah pertubuhan  yang telah bersetuju untuk menerima bayaran melalui penggunaan Kad untuk barangan dan / atau perkhidmatan yang dijual dan / atau disediakan. Senarai Pembekal Perkhidmatan bertauliah ada disenaraikan dalam laman web TNGSB di http://www.touchngo.com.my.
  1.15
"Perkhidmatan" bermaksud perkhidmatan dan perkhidmatan tambahan Touch 'n Go yang berhubung dengannya yang akan dipermudahkan dan / atau disediakan oleh TNGSB.
  1.16
"TNGSB" bermaksud Touch 'n Go Sdn Bhd (No. Syarikat 406400-X),  sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai pejabat operasi di Unit G-2, Menara 6, Avenue 5, The Horizon, Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.
  1.17
"Terma dan Syarat" bermaksud terma dan syarat serta terma perkhidmatan, polisi dan prosedur sebagaimana yang diubah atau diubahsuai dari  masa ke semasa mengikut budi bicara TNGSB semata-mata.
  1.18
"Kamu" atau "anda" bermaksud anda sebagai orang yang mana Kad telah dikeluarkan bagi tujuan menggunakan Perkhidmatan selaras dengan Terma dan Syarat berkaitan.

 

 
 
     
 
Bank Negara Malaysia Kementerian Kerja Raya Lembaga Lebuhraya Malaysia Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat