News
Facts & Figures
Replies to Media Queries
Photo Gallery
 
Home > Media Centre > Replies to Media Queries
Replies to Media Queries
24 July 2009
Berita Harian
ARTIKEL “SYOR BERI SUBSIDI BELI SMART TAG”, BERITA HARIAN, RUANGAN SURAT & E-MEL, 24 JULAI 2009

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Shamsudin Omar dari Kuala Lumpur atas keprihatinan beliau berkenaan isu SmartTAG.

Ketiadaan stok baru-baru ini adalah disebabkan oleh sambutan memberangsangkan ke atas promosi SmartTAG bersama syarikat insuran eTiqa (pengguna menikmati perlindungan insurans percuma atas kecurian SmartTAG) yang bermula pada 28 Februari 2008 hingga  bulan Mac 2009.

Walau bagaimanapun, bermula 20 Julai 2009, SmartTAG telah pun mula dijual di  Kaunter Jualan Touch ‘n Go bertempat di Faber Towers, Jalan Klang Lama dan KL Sentral dan juga Pusat Khidmat Pelanggan di lebuhraya PLUS seluruh negara pada hanya pakej RM130. Dengan pakej RM130, pelanggan akan memperolehi Smart TAG dan kad Touch ‘n Go percuma bersama nilai kegunaan tol sebanyak RM10. 

Merujuk kepada cadangan En. Shamsudin agar SmartTAG dijual pada kadar RM100, buat masa ini ianya agak sukar untuk dilaksanakan berikutan kos pembuatan yang  meningkat.

Pihak kami berharap En. Shamsudin dapat memberikan sokongan yang berterusan ke atas produk dan perkhidmatan kami.


Terima kasih.

Yang benar,


TOUCH ‘N GO SDN. BHD.
A.AZMI JAFAR
Ketua Jabatan
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan

 
   
 
•  Advertising Opportunity   •  Business Opportunity   •  Corporate Sales •  eStatement 
Careline Centre