News
Facts & Figures
Replies to Media Queries
Photo Gallery
 
Home > Media Centre > Replies to Media Queries
Replies to Media Queries
BERITA HARIAN
1 October 2009
ARTIKEL “PENGGUNA TOUCH ‘N GO TAK DAPAT GANTI RUGI”, BERITA HARIAN, RUANGAN SURAT & E-MEL, 1 OKTOBER 2009

Terlebih dahulu, pihak Touch 'n Go ingin memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi oleh Tuan berkenaan dengan kad yang tidak berfungsi di Plaza Tol Simpang Renggam pada 21 September 2009. Kami juga amat berterima kasih pada Tuan kerana membawa perkara ini kepada pengetahuan pihak Touch 'n Go bagi perhatian segera. 


Setelah membuat semakan, kami mendapati kad Touch 'n Go Tuan gagal berfungsi setelah mengalami kerosakan pada cip mikro kad. Oleh itu, pegawai khidmat pelanggan kami telah menasihatkan Tuan untuk membuat pertukaran kad (baki dipindahkan ke kad baru) di kaunter perkhidmatan kami yang terdekat. Rekod kami menunjukkan bahawa  Tuan telah mendapatkan kad gantian di Plaza Tol Taman Perling pada 22 September 2009.

Pihak Touch 'n Go akan terus memantau dan membaik pulih sebarang gangguan teknikal untuk mengelakkan perkara yang sama berulang. Kami memberi jaminan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan kami yang dihargai. 

Sebarang kesulitan yang dihadapi oleh tuan adalah amat dikesali dan sokongan tuan amat kami hargai.


Terima kasih.

Yang benar,


TOUCH ‘N GO SDN. BHD.
A.AZMI JAFAR
Ketua Jabatan
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan

 
   
 
•  Advertising Opportunity   •  Business Opportunity   •  Corporate Sales •  eStatement 
Careline Centre