News
Press Release
Speech
Facts & Figures
Replies to Media Queries
 
Home > Media Centre > Speech
Speech
 
Majlis Pelancaran Kiosk Pandu Lalu Touch ‘n Go
Ucaptama Oleh YBhg Datuk Yahya Yaacob
Pengerusi, Touch 'n Go Sdn Bhd (formerly known as Rangkaian Segar Sdn Bhd)
Tarikh: Jumaat, 28 April 2006
Masa: 10 pagi
Tempat: Kawasan Letak Kereta, Menara Faber 1,
Jalan Desa Bahagia, Taman Desa,
Off Jalan Kelang Lama, 58100 Kuala Lumpur

Pihak penganjur, pengurusan Menara Faber, wakil-wakil pengurusan syarikat jiran kami di Menara Faber, Datuk-Datuk, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan serta wakil-wakil media yang dihormati.

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Bagi pihak Touch 'n Go Sdn Bhd (formerly known as Rangkaian Segar Sdn Bhd), syarikat pengendali Touch ‘n Go dan SmartTAG, saya ingin mengucapkan selamat datang ke Majlis Pelancaran Kiosk Pandu Lalu Touch ‘n Go.

Terima kasih kepada anda semua kerana sudi melapangkan masa untuk bersama-sama dengan kami untuk memeriahkan majlis pelancaran pada pagi yang mulia ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Sebentar lagi, anda bakal menyaksikan satu pencapaian yang penting dalam sejarah Touch ‘n Go.  Ini kerana Kiosk Pandu Lalu di Menara Faber merupakan kiosk Touch ‘n Go milik TNGSB yang pertama di seluruh Malaysia.

Bukan setakat itu sahaja, kiosk ini adalah salah satu hasil daripada proses peralihan paradigma di TNGSB di mana syarikat kami sedang mengalami arus transformasi untuk bertukar daripada syarikat yang berorientasikan teknologi (technology-driven) kepada sebuah syarikat yang lebih mengutamakan pelanggan.

Ini kerana kami sedar bahawa pelanggan merupakan nadi kepada syarikat.  Atas sokongan pelangganlah kami dapat mengekalkan perniagaan sehingga hari ini.  Maka adalah penting kami menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Kini dengan adanya kiosk pandu lalu ini, kami berharap ia akan lebih memudahkan pelanggan-pelanggan kami untuk menambah nilai kad mereka, tanpa dibelenggui masalah mencari tempat letak kereta, khususnya di sekitar kawasan ini yang sentiasa penuh dengan kenderaan.

Untuk pengetahuan anda semua, anda tidak perlu bayar tiket tempat letak kereta di Menara Faber pada 15 minit yang pertama.  Jadi, anda boleh-lah memandu kenderaan anda masuk ke kawasan ini untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go tanpa sebarang kos tambahan.

Saya difahamkan bahawa pihak pengurusan Faber akan memantau keadaan trafik di kawasan letak kereta ini selama seminggu dan sekiranya “queue” atau barisan kereta adalah terlalu panjang, maka pengurusan Faber akan mempertimbangkan semula had masa tersebut.

Bagi pihak TNGSB, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Faber atas sokongan dan kerjasama anda dalam menjayakan projek kiosk pandu lalu kami yang pertama.

Sokongan anda adalah amat penting kepada TNGSB kerana ia bakal menjadi asas rujukan ataupun batu loncatan untuk kami memperkembangkan saluran perkhidmatan ini.

Saya yakin dengan bermulanya langkah pertama, pastinya langkah kedua akan menyusul.  Insya Allah, lebih banyak lagi Kiosk Pandu Lalu Touch ‘n Go akan diwujudkan di kawasan-kawasan lain yang strategik.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada para hadirin sekelian kerana sudi meluangkan masa untuk memeriahkan majlis pelancaran kami.

Sekian

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.

 
 

   
 
•  Advertising Opportunity   •  Business Opportunity   •  Corporate Sales  •  Job Opportunity  •
•  eStatement   •  Staff Mail   • 
Careline Centre