“MESIN PENGIMBAS TOUCH ‘n GO DI ATM MASIH TIDAK TERIMA KAD TIDAK AKTIF” – UTUSAN 28/12/2006.
Kami merujuk kepada perkara di atas.
Bagi pihak Touch 'n Go Sdn Bhd
(formerly known as Rangkaian Segar Sdn Bhd), kami merujuk kepada surat bertajuk seperti di atas yang telah disiarkan di ruangan Forum pada 28 Disember 2006.
Kami kesali kejadian tersebut dan ingin memaklumkan bahawa mesin ATM tidak dapat mengesan samada sesuatu kad Touch ‘n Go adalah aktif atau tidak. Fungsi mesin ATM hanyalah untuk menambah nilai dan menyemak baki kad Touch ‘n Go sahaja.
Ingin dimaklumkan, kad Touch ‘n Go yang tidak digunakan sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh setahun akan dikategorikan sebagai “tidak aktif” atau dormant. Kad tersebut boleh diaktifkan semula dan caj pentadbiran sebanyak RM5 akan dikenakan.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 03-7628 5115, atau faks kepada 03-7628 5100. Anda juga boleh menghantar email kepada:
touchngo_careline@touchngo.com.my atau layari laman web kami di
www.touchngo.com.my.
Terima kasih.
BASARIAH ABDUL LATIFF
Ketua Pegawai Operasi