MAKLUMBALAS “PENGGUNAAN TOUCH ‘n GO DI DALAM MYKAD” – KOSMO 21/12/2006.
Bagi pihak Touch 'n Go Sdn Bhd
(formerly known as Rangkaian Segar Sdn Bhd), operator pembayaran elektronik Touch ‘n Go dan SmartTAG, kami ingin memberi maklumbalas mengenai kenyataan oleh “Xcden Kat Tol” yang telah disiarkan di ruangan SMS pada 21 Disember 2006.
Penggunaan Touch ‘n Go di dalam MyKad merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dan TNGSB dalam memperluaskan 6penggunaan MyKad seiring dengan arus teknologi yang kian berkembang.
Walau bagaimanapun, kami akan terus menaiktaraf dan memperbaharui sistem Touch ‘n Go dari masa ke masa. Di samping itu, kami juga sentiasa merangka pelan-pelan untuk memperluaskan lagi aplikasi dan penggunaan Touch ‘n Go agar pelanggan kami dapat terus menikmati kemudahan e-purse ini.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 03-7628 5115, atau faks kepada 03-7628 5100. Anda juga boleh menghantar email kepada:
touchngo_careline@touchngo.com.my atau layari laman web kami di
www.touchngo.com.my.
Terima kasih.
BASARIAH ABDUL LATIFF
Ketua Pegawai Operasi