“SERIK GUNA TOUCH ‘N GO NAIK KTM KOMUTER”
- Sept 29, 2006 (UTUSAN MALAYSIA)
Bagi pihak Touch 'n Go Sdn Bhd
(formerly known as Rangkaian Segar Sdn Bhd), operator pembayaran elektronik Touch ‘n Go dan SmartTAG, kami ingin memberi maklumbalas kami mengenai surat yang bertajuk seperti di atas oleh “Mangsa” dari Shah Alam, yang telah disiarkan di ruangan Forum pada 27 September 2006.
Setelah disiasat, kami mendapati bahawa masalah ini berlaku kerana kad Touch ‘n Go tersebut telah disentuh berulang-kali. Untuk makluman para pengguna, semua kad Touch ‘n Go hanya boleh disentuh sekali sahaja. Sekiranya kad disentuh berulang kali, maka mesin pengimbas tidak dapat membaca data masuk dan secara otomatik mengenakan tambang maksima.
Pihak kami telah menghubungi pihak KTM Komuter mengenai perkara ini dan akan memulangkan baki tambang iaitu RM17.60. Pihak TNGSB akan menyediakan cek untuk jumlah tersebut dan menghantarnya kepada “Mangsa” dalam masa seminggu.
Sekiranya anda ingin maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 03-76285115, atau faks kepada 03-76285100. Anda juga boleh menghantar email kepada :
touchngo_careline@touchngo.com.my atau layari laman web
www.touchngo.com.my .
Terima kasih.
BASARIAH ABDUL LATIFF
Ketua Pegawai Operasi