RE: MAKLUMBALAS KAUNTER TOUCH ‘N GO DI PLAZA PERLING
Bagi pihak Touch 'n Go Sdn Bhd
(formerly known as Rangkaian Segar Sdn Bhd), operator pembayaran elektronik Touch ‘n Go dan SmartTAG, kami ingin memberi maklumbalas mengenai soalan dari Besiwaja yang telah disiarkan di ruangan IM LAPOR pada 27 September 2006.
Sistem kaunter Touch ‘n Go di Plaza Perling tidak berfungsi pada 16 September 2006 akibat disambar petir. Sistem tersebut telahpun diperbaiki dan telah mula beroperasi pada pukul 3.00 pada 27 September 2006.
Sekiranya anda ingin mendapat makluman lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 03-76285115, atau faks kepada 03-76285100. Anda juga boleh menghantar email kepada :
touchngo_careline@touchngo.com.my atau layari laman web
www.touchngo.com.my.
Terima kasih.
BASARIAH ABDUL LATIFF
Ketua Pegawai Operasi