News
Press Release
Speech
Facts & Figures
Replies to Media Queries
 
Home > Media Centre > Press Release
Press Release
 
UNTUK SIARAN SEGERA
Rabu, 2 Ogos 2006
DISKAUN 10 PERATUS TIKET TEATER PUTERI GUNUNG LEDANG UNTUK PELANGGAN TOUCH ‘N GO

Kuala Lumpur, Rabu:- Pelanggan-pelanggan kad Touch ‘n Go yang ingin menyaksikan persembahan teater musical Puteri Gunung Ledang boleh mendapatkan diskaun 10% ke atas harga tiket.

Dibawakan khas oleh Touch 'n Go Sdn Bhd (formerly known as Rangkaian Segar Sdn Bhd), pengendali kad Touch ‘n Go, pelanggan hanya perlu menunjukkan resit tambahnilai kad Touch ‘n sebanyak RM100 (dalam satu resit) ketika membeli tiket ke persembahan tersebut di Istana Budaya.

Persembahan musikal ini akan berlangsung di Istana Budaya bermula dari 6 Ogos hingga 21 Ogos 2006.

Walau bagaimanapun, tawaran ini hanya terhad kepada 600 tiket sahaja.

Sempena dengan pementasan Puteri Gunung Ledang ini, Touch ‘n Go juga akan memperkenalkan kad Edisi Khas Kad Touch ‘n Go Puteri Gunung Ledang. Kad ini akan dijual di Istana Budaya bermula 6 Ogos ini, dan di Pusat Khidmat & Jualan Touch ‘n Go di Menara Faber, Taman Desa, Kuala Lumpur.

Selain itu, lebih 100 keping tiket juga akan diberikan kepada pelanggan Touch ‘n Go menerusi Radio ERA dan SinarFM bermula 7 Ogos sehingga 13 Ogos, dan Peraduan Menulis Slogan di laman web Touch ‘n Go www.touchngo.com.my dari sekarang sehingga 15 Ogos.

“Kami di Touch 'n Go amat menghargai sokongan yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan Touch ‘n Go dan ini adalah antara tanda terima kasih kami,” kata Ketua Pegawai Operasi TNGSB Puan Basariah Abdul Latiff.

Pementasan teater musikal Puteri Gunung Ledang telah berjaya menarik lebih 30,000 orang penonton ketika ianya mula dipentaskan pada awal tahun ini. Pementasan kedua ini adalah atas permintaan orangramai yang tidak berkesempatan untuk menyaksikannya pada masa tersebut. Untuk kali ini, ianya akan dilakonkan oleh barisan pelakon yang sama.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Komunikasi Korporat Touch 'n Go Sdn Bhd (formerly known as Rangkaian Segar Sdn Bhd) di talian 03-7625 4700.
 

   
 
•  Advertising Opportunity   •  Business Opportunity   •  Corporate Sales  •  Job Opportunity  •
•  eStatement   •  Staff Mail   • 
Careline Centre