Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Shamsudin Omar dari Kuala Lumpur atas keprihatinan beliau berkenaan isu SmartTAG.
Ketiadaan stok baru-baru ini adalah disebabkan oleh sambutan memberangsangkan ke atas promosi SmartTAG bersama syarikat insuran eTiqa (pengguna menikmati perlindungan insurans percuma atas kecurian SmartTAG) yang bermula pada 28 Februari 2008 hingga bulan Mac 2009.
Walau bagaimanapun, bermula 20 Julai 2009, SmartTAG telah pun mula dijual di Kaunter Jualan Touch ‘n Go bertempat di Faber Towers, Jalan Klang Lama dan KL Sentral dan juga Pusat Khidmat Pelanggan di lebuhraya PLUS seluruh negara pada hanya pakej RM130. Dengan pakej RM130, pelanggan akan memperolehi Smart TAG dan kad Touch ‘n Go percuma bersama nilai kegunaan tol sebanyak RM10.
Merujuk kepada cadangan En. Shamsudin agar SmartTAG dijual pada kadar RM100, buat masa ini ianya agak sukar untuk dilaksanakan berikutan kos pembuatan yang meningkat.
Pihak kami berharap En. Shamsudin dapat memberikan sokongan yang berterusan ke atas produk dan perkhidmatan kami.
Terima kasih.
Yang benar,
TOUCH ‘N GO SDN. BHD.
A.AZMI JAFAR
Ketua Jabatan
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan |